Followers



Tuesday, August 28, 2012

Rotan Ayah - What Makes It Beautiful

"Apis, aku azim cs. Ko leh x berlakon dalam jd bapak dlm short film raya cs. Shoot rabu n khamis ni", Azeem

"Bole kot, watak hero ke?", aku

"Hahaha..ko jd bapak yang garang. Shoot dekat tannung karang.", Azeem

"Tanjung karang", perbetul Azeem

"Aku x garang la, bole ke?", tanya aku

"Boleh kene garang jugak", jawab Azeem

"Ok", aku

pagi tu aku geledah almari-almari ayah, kaut je yang mana aku fikir boleh dijadikan wardrobe untuk watak "ayah" nanti, penuh kereta termasuk la kuih-kuih raya #hacookies yang orang tempah. pagi tu setelah mendapat "signal" dari azeem aku memulakan perjalanan, perjalanan ke tanjung karang pagi tu lancar walaupun 3 hari lagi menjelang raya. sejam tiga puluh minit kemudian dengan bantuan google map aku tiba ke lokasi. "KAMBING", itulah yang tertera di signboard simpang masuk ke lokasi pengambaran yang juga sebuah homestay


tanpa mukadimah aku disuruh menyalin pakaian scene pertama dan selang beberapa minit aku sudah pun berada di kawasan sawah, membonceng anak teruna dengan muka habis garang bak hang! pemandangan sawah ketika itu sukar digambarkan, SubhanAllah. hanya "na na na na na" yang kedengaran dari mulut "atan" pabila disuruh menyanyikan lagu rakyat, urban.

"wak ada rotan?", tanya azeem pada wak amin, owner homestay

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"ambilkan rotan yang bapak selalu guna rotan kau tu", tambah wak amin bersahaja

tengahari itu beberapa scene berjaya disudahkan walau berpanas di bulan Ramadhan. pukul 4 petang kami bergegas ke hospital tanjong karang untuk scene "doktor! doktor! tolong saya doktor!", scene ni mencabar bak hang! aku hampir trauma melakonkan scene ini berulang kali sedangkan "atan" cuma terkulai tanpa dialog dalam dakapan aku, gaji buta, LOL

petang itu kami singgah di bazar ramadhan tanjong karang, rata-rata kami memborong air. setiba kami di homestay kami tidak melepaskan peluang menyegarkan diri dalam kolam renang bersaiz olimpik yang tersergam indah bersebelahan homestay tersebut, sekadar cukup syarat.


menu aku, bakso bak hang!

"pom! pom! pom!", bunyi meriam sesudah berbuka, masing-masing teruja

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"pergi bakar meriam, abang-abang ni nak tengok!", tambah wak amin lagi

malam itu beberapa scene berjaya disudahkan sebelum semuanya lena, surprisingly tanpa sebarang gigitan nyamuk. menu sahur kami pagi tu maggi goreng, nasi goreng, telur goreng dan air tebu, nyaman.

pagi tu terasa syahdu dan damai, umpama berada di sebuah resort di persisiran pantai yang dilatari pepohon kelapa lengkap dengan kolam renang infiniti, tiba-tiba terlihat kelibat azeem dan krew sedang menyiapkan peralatan pengambaran, potong betul!

scene lemas dan scene "menyelamat" disudahkan pada sebelah pagi. oleh kerana paras air dalam longkang yang cetek, scene terjun terpaksa dilupakan. percubaan keluar sendiri dari longkang gagal akibat terpijak kain basah yang kian londeh, ditambah dasar longkang yang berselut, alasan.

scene kubur mengakhiri watak "ayah" tengahari itu, dengan bantuan kapur kasut milik anak owner homestay dan kepakaran bertahun-tahun Azeem sebagai jurumekap special effect berjaya membuatkan aku kelihatan tua, gangnam style.

tepat 2:50 AM waktu tanjung karang, pengambaran short film Rotan Ayah tamat, Alhamdulillah

sebagai rumusan, walaupun ini bukan kali pertama melakonkan watak ayah *kali pertama semasa menjadi ayah zeffy untuk "save the date" Azizi Lee+Zeffy by CST production, ini merupakan kali pertama aku menjadi antara peneraju utama. rasa nervous tetap ada lagi-lagi scene di hospital.

pengambaran dua hari di bulan Ramadhan yang ditemani terikan matahari kurang terasa penatnya dek pemandangan tanjung karang yang indah. homestay ni pula nampak je simple tapi sangat istimewa, dari celoteh ownernya, wak amin sehinggalah kolam renang gergasi di tengah-tengah kampung, siapa sangka?.

Alhamdulillah feedback yang diberikan untuk short film ini banyak yang positif dan tanpa sedar apa yang dilalui "atan" mempunyai persamaan dengan apa yang aku lalui semasa kecil, tak boleh main bunga api, susah nak beli mainan/apa-apa dan ayah aku memang ada rotan sebiji macam dalam short film ni, tapi jarang-jarang kena *tak berapa ingat, ingatan tak kuat, dah tua.

korangggg! kene keluar sekarang! ada orang lain nak masuk!", jerit wak amin bersahaja. kelakor wak amin ni!

aku gerak awal petang tu, nak kejarkan berbuka di rumah, belah malam pula nak sambung delivery #hacookies :)