Followers



Wednesday, June 25, 2008

FINALLY - part1

hpp ho!

mood menulis tgh separuh datang nih, separuh?hehehee, baik cepat wat entry nih, act entry ni mmg dah lama nak wat, since habis SEM7 hr tu, SEM7?, ye aaa, repeat paper kan, entry ni about my sem7 at PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yawww!), aku start join 'repeat club' start sem 6, which mean subject sem 5, oh tidak, nightmare, ms tu aku repeat 3 paper woo, gila teruk, pe masalah aku ntah, xde fokus kot, fokus kelaut, byk anasir-anasir luar mengganggu, lg st aku mmg kuat tido, bayangkah eh, orang dah habis kelas, aku br nak bangun, selalu bertembung kat elephant walk, so mostly kelas yg pagi2 tu mmg aku sapu habis, time management mmg hancur glee, dushhh.

so sem 6 aku agak tragis, aku wat rayuan kat KJ(ketua jabatan) 3,4 kali sbb nak amik semua subjek dlm satu sem, aku xnk additional sem, aku x dibenarkan amik semua subjek sbb dah melebihi jam kredit yang dibenarkan, kali terakhir aku wat rayuan br lulus, myb aku berjaya 'perdayakan' KJ dgn muka seposen aku kot, heh, subjek sem 6 ada 8+subjek repeat, overall aku de 10 subjek, xmo extand sem punya pasal, tp 4 subjek xde final, so yang ada final 6 subjek je, bermulalah keazaman aku meluak2 utk study hard for that sem, 'hangat2 tahi ayam'.

sem 6 tu consider sem akhir aku, sem6 gak antara sem yang best, new roomate line up, hahaha, roomate plg wicked kt dunia, hr2 nak gaduh je, kobe+awe+alin ngan aku, alin tu azlin shah, laki-laki aa, diorang support aku amik semua subjek, kutuk+perli+caci+maki kalo aku x pg kelas, awal2 sem rajin la aku g semua kelas, semangat awal sem, lama2 attitude lama aku dtg blk, lg2 kalo kelas ptg after lunch, aku akan pergi kelas pagi, ptgnye pun ada kelas, gap antara kelas pg ngan ptg agak lama laaa, so aku akan balik bilik dulu, guling2, wat pe yang patut dan kadang2 terlena, dushhh, tp yang bestnye bile aku bangun tdo dapat massage yang mengatakan kelas batal, hohoho, mmg x salah pilihan hamba, heh.

sem 6 tu aku bawak transport, 'mr handsome grey atoz' aku, byk berjasa mamat nih, sem 6 gak aku bawak tv atau nama saintifiknye televisyen, hohohh, setiap malam tonton 8tv, petang manjalara, hahahaha, kobe lak bawak PS, tp aku x layan pun, ms sem 5 kitaorang mmg dah plan nak travel ms sem 6 nnti, semua roomate aku agak 'berhati kering','berjiwa besar' walaupun kadang2 'cite je lebih', kitaorang keluar masuk poly sesuka hati, awal sem pergi lawat umah awe kat perak, g tengok the simpson kat times square, midnite beb, g laundary tgk hujan peform, suka2 hati je, masuk poli pkl 3,4 pg, wat muka selamba je kat pak guard, hoho, lg satu paling best masa sem6, bulan puasa, mmg syok gilee, ptg2 je pergi bazaar, buka sama2, kalo x tido petang, kitaorang g bazaar sg besar, kalo pkl 6.30 baru nak terjaga dr tido g bazar parit baru je lah, byk lak lauk pauk dia, banyak...

to be continue...


Thursday, June 19, 2008

Friday, June 13, 2008

the break up-slideshow



best slide show ni, byk photo yg cun2, photo dier ada 'rasa', heh =)

Saturday, June 7, 2008

topic for the day:pregnancy



hpp ho!

topik hari ini kehamilan, heheeeee, xde lah nak bincangkan isu kehamilan, cuma nak cerita benda-benda berkaitan je, rasa-rasa dalam gamba atas tu sape yang tengah hamil?, hahaha, jawapan yang agak senang, sudah nyata dan jelas, hahaha, xde lah, main2 je, xde sape pun yang pregnant, saja je, yang tengah pakai baju hijau tu my sister, yg lain tu kawan2 dia, lokasi???, rahsia, hehee

sebenarnya nak wat entry pasal our 'upcoming' family members, members???, uyeahhh, tahun lepas my family dapat seorang ahli baru, muhammad akid, my brother punya anak, dah nak masuk 8 bulan dah, dah pandai bertahlil, tunjuk bintang, dan menyahut kalo orang panggil nama+dah pandai tepuk tangan+makan ice cream ngan nasi butter, hahahah, advance budak ni, nanti aku upload gamba latest dier

hujung tahun lepas lak my sister, fauzus kahwin, dah nak 6 bulan lebih dah dia kahwin, dah pregnant dah pun, cite pasal dier pregnant ada mende kelakar nak cite ngan korang, citenye camni, satu pagi... hahaa, cam drama lak, satu pagi aku g dapur, dalam pukul 8,9 pagi camtu, biasalah pagi kalo bangun cari air batu, gejala x sihat, tengah2 buat air tu angah datang, angah tu fauzus la, my sister tu, dia memulakan perbualan,hahaha

angah: x lama lagi ko jadi unclelah lang(alang, aku lah tu), lahir sama bulan dengan ko.

aku:(dengan terpinga-pinga+blur, aku tanya balik)nape?

angah:angah mengandung kot, dah 2 minggu, tapi x confirm lg, lom cek kt hospital

aku:(masih blur lagi+terkejut gaklah, sambil terfikir, 2 minggu???confuse jap, myb dier cek pakai alat pengesan kehamilan kot, sambil blur n xde mood sbb mata ngantuk lagi, aku masuk bilik balik, tidoooo,heh)

sepanjang conversation tadi angah mmg macam happy gila, hahaha, bile dah bangun aku tanya balik kat angah

aku:pagi tadi ko cakap kat alang ko mengandung eh?

angah:xde lahh(dia saje cakap x)

aku tanya balik sebab x sure, pagi tadi mamai2, rasa cam dalam mimpi, tp sebenarnya betullah, myb sbb excited sangat tu yang dia cita kat aku pagi tadi, hahahahah, so x lama lagi bertambahlah ahli keluarga En Kamaruddin dan Puan Rafisah.

selang beberapa hari lak aku dapat tahu kak ayu, my bro punya wife, my sis in law pregnant anak kedua lak, wowwwww, bukan bertambah satu tapi dua, tekejut jap aku dengar, Alhamdulillah, x lama lagi riuh la rumah ni, raya mesti lagi meriah, lagi banyak pilihan untuk aku buli, hahahahhah, beza pun sebulan, kak ayu lewat sebulan rasanya, dua2 dijangka lahir akhir tahun ni, hope tahun ni lah, kalau 1 hb 1 2009 ok gak, rare, hehehe, yang penting semunya selamat dan sihat, penatlah my parents lepas ni jaga cucu lak, dah penat jaga anak kene jaga cucu lak, yang lagi best baru nanti my bro n my sis tahu camne rasanya jaga anak, macam tulah our parents rasa bile besarkan kami, hahahahha, all the best yahhhh!!!

Saturday, May 24, 2008

i'll pray for you dude:mr great salesman

hpp.ho hye!

baru balik amik gamba nih, engagement op&is, penat sikit plus badan lengas-lengas, entry ni patut wat semalam tp xde mood kot? gejala x sihat, wat keje bile de mood je, hahhaa, otw balik rumah td mmg dah plan nak wat entry ni, so b4 nak view gamba2 yang dishoot td baik siapkan entry ni dulu.

entry ni pasal cite semalam, alkisahnya, after job wedding kat s.alam semalam, aku bawak moqh n mas minum2 kat pakli sambil sembang2 diskusi, antara benda yang aku x sangka nak buat dalam hidup, 'lepak minum ngan phorographer handal malaya, moqh!' hahahahaha. tengah2 sembang aku pandang meja sebelah, aku nampak ada orang tengah bercakap kuat2, rupa-rupanya salesman tgh jual barang, cara dia cakap memang kuat n bersemangat waja teguh berusaha, hehe, then kitaorg tiga2 orang tengoklah salesman tu, moqh cakap,'muka hensem tapi jadi salesman', hahaaa.

then aku perasan yang mamat salesman tu da abis menjaja kat meja sebelah tu, dia berdiri belakang meja kitaorg, ngan muka yang nyata-nyata tengah pilih next customer yang berpotensi, ntahlah, aku mmg boleh nampak dalam muka dia, dia tgh usya2 next customer, tp dia x dtg kat meja kitaorg.

kitaorg meneruskan aktiviti minum2 dan makan roti bakar yang bos pesan, masa tu hujan rintik2 air bergelombang, borak-borak, mostly pasal prestasi kitorang sebagai junior photog, adeh, a lot 2 b improve bebeh!

sedang kami berborak2 lalu hujan turun ngan sangat lebat, xde laaa, tipu jeee....

sedang kami berborak2 lalu datang mamat salesman tadi, dari mana ntah, lalu dia memulakan ayat2 seorang salesman yang power dan penuh keyakinan. aku dah lupa-dupa dialog dia sebab laju n padat ayat2 dia, yang nyata dia nak jual perfume, perfume berbau epal, bukan nepal ok, lebih kurang mcm dkny yang bau epal tu kot, dia sembur kat tangan kitorang, pastu dia tanya 'ada bau cinta2 x?', lebih kurang lah ayat dia, pastu dia terus berhujah panjang

saya dari company sekian-sekian, lagi 2 minggu kami akan buka kedai di somewhere in bandar sunway, like that, aku da lupa, so kami membuat promotion, harga perfume ni kat kedai will be 180++ tp sebab promotion harganya will be 50+, aku x react sangat, sikit2 je, mas yang banyak tanya, mula2 mamat tu suruh teka berapa harga dia nak bagi, mas teka berapa ntah, then mas cakap kalo rm10 dia nak lah, then mamat tu cakap, x boleh, siap dia tunjukkan packaging lagi, memang mantap la, tp packaging tu macam tempat letak sijil yang, kotak bulat yang panjang tu, aku x teruja sebab da penah tengok dah, last2 ended with xde sape yang beli pun, for rm50+ n the negotiation took about 7 minutes, sape yang nak beli, kalo orang betul2 cari perfume dia akan g counter perfume kat shopping mall, x pun kat internet, various perfume ade, ada tester lagi.

tujuan aku wat entry ni bukan nak cite pasal perfume etc, tp aku nak cerita pasal kesungguhan mamat salesman ni, dia jual perfume dengan bersungguh, u really needto see how he promote his stuff, suara jelas, kuat, macam skrip pun ada aku rasa, hahha, dengan berbekalkan muka yang tebal, aku rasa cam dia x deserve kerja macam tu, x senang beb, sebelum kita nak select customer utk diaproach macam2 berlegar kat kepala otak, bukan anybody leh buat, aku pernah tolong band member aku jual cd kat satu feast kat uitm, berapa banyak customer aku approach tp mostly reject, padahal aku dah bajet2 mane satu yang berpotensi tuk jadi customer, fuhhhh, tp bila ada orang beli rasa woooo, best gilaaa.

berbalik pada mamat tadi tu, aku rasa itu memang skill dia, aku rasa dia bukan malay, sebab slank dia cam mat salleh+singh, then aku rasa itu business dia kot, kalo bukan business dia, dia mmg mati-matian cari sales, mesti korang akan cakap, 'dah memang itu kerja salesman', erm, ye lah, tp bg aku dia salesman terbaik aku pernah jumpa selama 22 tahun idup dan makan nasi nih.

bagi aku dia deserve tuk diberi bigger chance atau oppertunity, tp myb kita x tahu kenapa dia jadi salesman, like i said just now, myb itu business dia, family, frens atau dia wat part time cr duit lebih, myb dia student, sape tahu, xpun dia x jumpa lagi right job tuk dia, myb jobstreet.com x apply pape lagi, heheeee, but serious to say, he deserve something bigger dari hanya jadi salesman, tetiba aku tepikir myb dia x pandai membaca??? urm, ntah, mcm2 prediction, sbb aku x puas hati, orang yang ada kesungguhan camtu jadi salesman.

aku hope n pray n rasa one day dia pasti berjaya, kalo x berjaya dalam bidang lain, berjaya menjadi penjual perfume terkaya di dunia, then leh bukak kilang perfume with his own brand, caiyok dude.

i'll pray for you dude!!!!

Friday, May 23, 2008

mobile.photo


best beb, main kamera handphone, kalo de idea, capai je n snap, currently tgh kumpul duit nak beli phone baru, phone yang sekarang ni dah berkulat, hahahahhaa

*cuba teka apa yang aku try wat kat gamba ni? sapa teka betul aku bagi hadiah, act jawapannya dah tertulis kat dlm gamba tu, tp x clear, korang teka je lah, hahahaaa

Monday, May 19, 2008

time machine:1st day@CS office

hpp ho!

mesin masa? apekah?

hehehee

alkisahnya camni, today 1st day aku g office CS for critic session, moqh inform kt aku hari ahad pasal menda ni, dia suruh prepare beberapa keping gamba, so cuti wesak semalam baru aku select a few photos, ade yg dah edit, ade yang x, dan ade certain theme yang diberi aku x faham, itu pun lepas aku dah puas tido, at about 11 p.m baru aku start wat selection tu, mmg saja wat tgh malam, so aku xyah tido terus je berjaga sampai pagi.

dah namanya apis, kalo da tido banyak pun still ngantuk, dalam 5.45 a.m, mata dah ngantuk, plan nk tido kejap, layan-layan mata sambil berangan, akhirnya berbekal azam yang teguh x jadi tido, kemas bilik jap then terus mandi, packing sikit, then bawak roti telur ngan air teh tuk breakfast dalam kereta, nyum-nyum, hahaha

start the engine!!! terus gerak, jalan mula-mula ok, pastu jam, aduhhh, lemah, mate sayup2 je, smart tag lak tinggal RM7 je, barisan smart tag pulak panjang, cam bayar manual lak, act tersilap amik smart tag, yang RM70 kat kereta lagi satu, hahahaha, bapak aku sorok kot, hehe, then sampai LDP, after many years bawak kereta baru aku tahu highway tu nama LDP, lain kali bawak kete alert sikit, heh, moqh cakap lepas tol sunway amik kiri, aku x jumpa pun tol sunway, yang aku jumpa tol petaling jaya, aku confuse jap.

nasib baik aku de mintak moqh business card, kat card tulis Jln Puchong, tapi malangnya aku yang rabun-rabun ayam ni terlepas signboard tu, so aku terus je nak cr u-turn, punyalah jauh nak u-turn, cari Jln Puchong balik, x jumpa-jumpa haram, lain jalan adalah, adelah sesat-sesat sengal dalam 45 minit camtu, aku tgk jam dah lebih 8.30a.m, not good-not good, 1st time dah lambat, adehhh, pusing-pusing cam tenggiling akhirnya, aku tekad dan yakin kan diri walaupun x jumpa tol sunway aku ikut je Jln Puchong tu, terus je, moqh kata lepas 6 traffic light jumpa shell belah kiri, hmm, x jumpa pun.

then aku macam ternampak kedai produa, as stated in moqh massage, 'CS atas produa', tp x nmpk pun signboard CS ke ape, then aku nampak traffic light, lampu merah, aku usya kiri kanan, nampak shell, uyeahhhhhhhhh, macam dah betul nih, aku main u-turn je kat traffic light tu, sebab gila dah lambat, cuak beb, pastu aku nampak signboard Plaza Ampang, uyeahhhh lagi, aku pun parking, sarungkan kasut baru aku tu, mase tgh pakai kasut aku nampak kelibat moqh, yes!, dia pun baru sampai, selamat-selamat, aku pun keluar kete terus cr moqh, rupanya dia g 7-ELEVEN, aku x masuk pun dari luar aku dgr moqh kumat kamit mulut dia.

aku x sure ape dia cakap, yang aku ingat dia cakap

'awal nya ko', kata moqh

'pukul 8.30 kan ko cakap, aku balas

dan kata-kata paling mengharukan aku dengar tuk hari ni

8.30 malam la! bukan 8.30 pagi!

adeh, gugur jantung nih, hahahahh

aku ingat nak balik terus, tp moqh ajak lepak office, lepak jap, tgk office CS yg ala-ala galeri dan studio dan workspace sekali, heheee, jumpa aini, jay, sapex idola aku tuh ngan pak tam, sambil2 tu tengok album-album kat situ, fuhhhh, cun gila, album ning potraiture kat sawah padi pun ada, reception dia je xde, lepak sampai lebam, kejap je, pastu aku decide nak balik lah, cam xde mende nak wat je, mengaco je karang, hahahaha.

bos-bos apesal la x cakap 8.30 malam, tu yang aku tetiba rasa macam time machine, aku mati-matian dan risau-risauan terlambat untuk session yang aku igt pukul 8.30 a.m, rupanya 8.30 p.m, hahahahhahahaha, rasa macam aku telah pergi ke masa hadapan, logik x? hahaha, perasaan je kot.

ke, aku mimpi? meh aku cubit lengan ni jap, ermmm, hahahhaha, mamai.