Followers



Tuesday, May 31, 2011

11 Foods for Faster, Easier Weight Loss

1. Yogurt
2. Eggs
3. Pistachios
4. Grapefruit
5. Avocado
6. Mushrooms
7. Olive Oil
8. Whole Grains
9. Red Pepper
10. Fava Beans
11. Rice with Veggies

click here for more

Monday, May 30, 2011

how to spell it? fixie?

beli fixie lama along*my brother, good bargain, dia baru pakai less then 4 months, dapat separuh harga, brand create, just for fun, mari-la beriadah

Sunday, May 29, 2011

dah tak panas *cerita 2 minggu lepas

apa ya nak cerita dahulu?

oh ya minggu ni bekerja dari hari jumaat, dimulakan dengan kak jiha+abg megat, dekat banting, saya shoot nikah diaorang sebagai hadiah, fyi kak jiha adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya masuk dalam CIMB Wealth dulu, makanan sangat-la superb

sabtu pula belah pagi shoot untuk "wedding by sher" dekat bora ombak, macam last week, shoot deco sahaja, as usual, sher did a great job, minggu ni ada candy buffet yang sangat-la tempting!, sempat rasa 2, 3 macaron, one more thing setting photo booth pun best, ada buble-buble

belah petang terus bergegas ke sementa, shoot member lama, Atiqa Farhana, shoot untuk nikah then berinai belah malamnya, nama je orang Klang, tapi jalan fail, nasib baik dia pun baru nak start make-up, again makanan superb, oh ya both wedding saya minggu ni tak pakai katering, both "merewang", makanan terangkat beb! seriously saya enjoy shoot wedding dia, sempoi je, menyenangkan kerja, jangan tak cukup gambar sudah, ahad pula reception, Atiqa ni tadika, sekolah rendah sama dengan saya, then saya jumpa dia balik masa sekolah teknik, ramai la member-member lama dekat reception dia tadi, seronok dapat jumpa balik, cuma tak dapat borak sangat, den kene korje yop!

minggu ni ada cabaran sikit, cabaran "panggilan alam" nama dia, pagi sebelum shoot saya sakit perut, on the way ke rumah pengantin singgah pam minyak, buang apa yang patut, lega. tengah-tengah majlis perut wat hal lagi, 2nd batch, nasib baik waktu tu dah lepas berarak dan bersanding, MasyAllah, semoga lepas-lepas ni minta dijauhkan, maybe minggu ni saya begitu taksub dengan makanan "merewang", sampai terlebih makan, tapi tak tau nak cakap apa puncanya, malam sebelum tu saya ada makan kat rumah gak, apa pun lepas ni kena careful sikit, makan kene jaga

lepas habis job, teringin nak makan maggi goreng dengan rojak, so saya pun lepak arafah dekat ktm klang, seperti dijangka, boleh pula terserempak dengan ucu*adik ibu, duduk semeja dengan ucu borak pasal photography, macam tt*teh tarik session photography pula, ucu remind pasal wedding el*sepupu saya, dia suruh saya shoot, sambil-sambil tu borak pasal preparation wedding el, kompang, kad, door gift etc. ucu tanya, selalu album siap berapa lama, saya jawab 6 week tu standart la, tapi sekarang 2 bulan pun ok lagi, "lama", respond ucu, kalau nak diikutkan memang lama, tp sekarang bukan macam album dulu-dulu, album sticky, sekarang nak kene bubuh dalam layout kalau custom album, tu yang ambil masa, tapi ada betulnya jugak bile difikir-fikirkan, 2 bulan tu memang agak "basi", memandangkan orang kita kalau boleh nak bawa album tu bila menziarahi family terdekat. tapi, bagi saya kalau album dapat disiapkan lebih awal lebih bagus, banyak advantage-nya, tapi depand jugak album apa yang kita bagi pada client, kalau album custom kena ambil masa lama sikit. saya ingat nak cabar diri siapkan album within 2 weeks la :)

Friday, May 27, 2011

wishlist 4 : backpack

saya tengah consider nak beli backpack, macam best je kalau ada sebiji beg yang smart, sape tau mana ada jual beg ala-ala macam gambar2 bawah ni, super-smart dan super-cool kan? lagi pun boleh praktis, ramai orang lepas kahwin mesti ada backpack simpan susu dan pampers anak :)

click here

click here

click here

click here

click here

click here

click here

Thursday, May 26, 2011

pilihan raya Susu Dutch Lady!

Vote untuk kembar! Zaquan Adha dan Aidil Zafuan untuk
Dutch Lady Karamel Tofee!

click here to vote!

The rich and successful people invest and pay for knowledge and experience because they know how invaluable to save time and cut short their learning curve to achieve the desire results. The poor and struggle focus on the fee and expect it to be FREE. Stay close with positive and committed people who believe in value, invest in knowledge and taking massive action - Ken Chee

Wednesday, May 25, 2011

tak lama lagi

semalam pergi ride, pastu sambung badminton, tadi badminton lagi, tak lama lagi saya six pack! bhahaha, jangan hangat-hangat taik ayam sudah

Monday, May 23, 2011

hppy anniversary


sekadar gambar hiasan, it's by Filmshotartifact, cool kan?

hppy anniversary ayah+ibu yang ke 31!