Followers



Thursday, June 30, 2011

semalam dan tadi


#semalam

"ibu masak ape?", tanya ummu*adik bongsu saya, pada ibu

"paru goreng!", jerit saya dari belakang

"bau pun dah tau", tambah saya

dengan lapar saya terus menerjah dapur, ibu follow dari belakang

bukak tudung saji, takde

bukak kabinet, takde

bau bukan main kuat, tapi mana bendanya?

tiba-tiba bibik baru kami lalu,

"mana bibik letak paru?", kami

dengan selamba dia buka pintu peti ais, "disini", tunjuk bibik sambil mengalih piring yang dijadikan penutup mangkuk paru goreng tersebut

*untuk makluman, paru itu baru sahaja dimasak, dia letak dalam peti ais sebab kucing selalu serang makanan bawah tudung saji

#tadi

"abang nak air", sapa akid pada saya, akid ni anak buah saya umur lebih kurang 3 tahun, dia bahaskan diri dia abang

saya pun hulurkan air yang sedang saya minum padanya

"air kopi eea?", tanya akid

"a'ah", saya

"tak boleh minum kopi nanti gigi abang karat", balas akid

fulamak!

Tuesday, June 28, 2011

super quote

"I have to remind myself that some birds aren't meant to be caged. Their feathers are just too bright. And when they fly away, the part of you that knows it was a sin to lock them up does rejoice. But still, the place you live in is that much more grey" - Shawshank Redemption

Sunday, June 26, 2011

maggi, ikea, blackberry...

dah lama tak menulis panjang, sebenarnya dah lama nak menulis pasal company-company hebat ni, antaranya, maggi, ikea, blackberry, facebook, aussino, terbaru "pelita" dan tak kurang hebatnya, "ariani", sape sangka satu hari nanti akan ada satu kedai yang hanya menjual tudung yang sangat gah

apa hebatnya diaorang ni? apabila mengulas tentang aussino, dalam dunia ni berapa banyak syarikat yang menjual lapik tilam dan bantal? tapi berapa banyak pula yang boleh buka secara besar-besaran? mungkin ia berkait rapat dengan modal tapi apa pula yang menyebabkan mereka berjaya mengekalkan kedudukan sebagai big player dalam lapangan mereka?

adakah syarikat yang saya sebut diatas merupakan syarikat pioneer? tidak juga, hanya beberapa sahaja

adakah mereka menawarkan produk atau servis yang murah? sehingga digilai ramai?

maggi, "cepat dimasak, sedap dimakan", semua orang inginkan sesuatu yang cepat, apa saja yang cepat dalam konteks servis pasti menjadi pilihan *enough said

dari segi produk, pengguna mahukan sesuatu yang terkini, dan ingin saya sentuh disini bahawa kuasa membeli terletak pada tangan wanita, setuju?

dari segi facebook dan blackberry, ape yang menarik pasal mereka? pada pendapat saya, kedua-duanya mempunyai template yang senang difahami, tiada paparan grafik yang fancy dan memudahkan pengguna mengakses serta menghubungkan antara satu sama lain dengan pantas dan mudah, bare in mind manusia ni suka "ambil tahu" dan "stay connected", sebab tu lah ada comment box, button "like" dan button "share"

apa pula kelebihan pelita nasi kandar? harga? memang tak, harga dia boleh tahan mahal juga, kalau duduk dekat pelita, dia punya "ane" ade je yang lalu lalang, angkat tangan terus dia datang, lagi satu makanan dekat kedai mamak ni cepat je siap, rasa pun boleh tahan sedapnya, pada pendapat saya pelita ni menang tang branding, dan servis dorang not bad

kesimpulannya, if kita ada produk/servis utk dijual kenalah pertimbangkan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, Insha Allah, ni merupakan sekadar pendapat dan pandangan serta pedoman buat saya agar apa-apa bidang perniagaan yang saya ceburi berjaya, Amin

cuci mata #2 - Leica M8 White


another Leica M8, this time in white

*kalau selalu tengok/post gambar benda yang kita suka, lama kelamaan kita akan dapat benda tu kan?