Followers



Monday, September 19, 2011

truth and lies posters






click here for more

pagi ni saya sungguh bengang sebab baru ingat nak up entry baru dekat blog hafizatan.net, dah settle upload semua gambar tiba2 dia keluar

"Sorry, but you are looking for something that isn't here."

baru ingat nak share gambar wedding latest pakai 5D, oleh kerana mood nak ber-blog tu still ada, tu yang buat entry ni, layan!

Sunday, August 21, 2011

Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Kampung Jawa

*gambar diatas merupakan lirik lagu SENARIO - "seminggu berhari raya" yang diubahsuai, tiada kena mengena dengan yang hidup/mati

Assalamualaikum semua, bulan ramadhan tinggal kurang dari 10 hari lagi dan bersempena bulan yang mulia ini saya mewakili ayahanda saya, Haji Kamaruddin bin Harun ingin *AJK Masjid Dato' Dagang, memohon sumbangan bagi tujuan

PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA

yang bakal menggantikan

Masjid Dato' Dagang, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000, Klang, Selangor

#1
Sumbangan boleh terus ke akaun
PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA
BANK ISLAM 12010010087174

#2
direct kepada saya, setiap RM5 akan diberi 1 kupon

*terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan



Wednesday, August 17, 2011

why i don't watch news and read newspaper anymore nowdays

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture




Wednesday, August 10, 2011

lama tak berbunyi

Assalamualaikum, Selamat pagi


lama rasanya takde entry baru, bulan puasa ni liat pulak, cuma banyak upload gamba dkt fb je, hari ni dah masuk 11 Ramadhan, minggu kedua berpuasa, rasa cepat masa berlalu *ayat cliche, Alhamdulillah rezeki Allah, walaupun bulan puasa ni kurang job tapi Allah bagi rezeki cara lain, kuih raya, dan yang paling memeranjatkan ada seorang customer order 60 balang terus, Alhamdulillah

sempena mengambil barakah bulan Ramadhan juga pada 1 Ramadhan yang lalu saya menyambar kamera baru, sesuatu yang saya memang saya idamkan, Canon 5DM2, dan jika ditanya kenapa bertukar pada Canon 5DM2, saya takde jawapan spesifik, fyi sebelum ni saya guna Nikon D90 sebagai sumber mencari rezeki, "memang kamera bukan penentu gambar yang cantik, tapi kalau boleh push ISO tinggi2 masa shoot dewan perdana felda kan lebih baik?", semoga selepas ini lebih serius dan bertambah2 rezeki la hendaknya

2011 hampir masuk suku tahun ketiga, hopefully tahun ni kareer akan bertambah baik, hope je tak guna gak, kene "action", banyak lagi yang kene belajar dan kene disiplinkan, sistem kene bagus, Insha Allah

oh last but not least semalam hari jadi ibu tercinta, alang harap ibu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu, boleh buat ucapan raya sekali x? lol


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Monday, August 1, 2011

your Ramadhan moment

my sister "Ramadhan moment", taken from Nurayka Kh facebook


Niat puasa,scan dari buku send by my mum when im 1st time stay far away from them .Puasa di negeri orang .still save lagi.Tq ♥ =)
kalau tak dulu2 ,malam.. ayah bace then me and my small sister duduk sekali follow baca niat for one month..teringat pulak dulu2...;(
jgn lupe niat kawan2!

my Ramadhan moment

dulu masa kecik-kecik, ayah selalu outstation ke Langkawi, bila waktu sahur ibu akan suap kami adik beradik dekat atas katil/tilam, masa tu sahur dengan nasi berlauk telur goreng dengan kicap, walaupun simple, sedap yang amat, terima kasih ibu!

share with me what is your Ramadhan moment! *kalau ada yang best boleh saya bagi CHOC CHIP sebalang :p


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Sunday, July 31, 2011

Khasiat buah anggur


  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.



please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Wednesday, July 27, 2011

petang tadi

petang tadi, ibu dan ayah duduk di sofa sambil menonton televisyen

#babak 1

"awak ni, ade je tak kene kalau cerita melayu", balas ibu kepada komentar-komentar ayah yang sememangnya anti terhadap drama-drama melayu

#babak 2

"alang *nama panggilan saya dirumah, nanti awak orderkan ibu macarons, ibu ada nampak dekat facebook awak", ibu

"ibu tengok yang mana 1?", saya

"dekat facebook awak la, yang nama smooch tu, tapi nama dia macrons sebenarnya, makanan orang putih tu, orang sini dah pandai buat, dia pakai telur putih", terang ibu panjang

"itu makaroni kot", celah ayah

macam-macam


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture