Followers



Wednesday, February 22, 2012

ainul aishah - gadis mlm


malam kelmarin aku berpeluang bersua muka dan duduk semeja bersama ainul aishah, kenal x? kalau x kenal boleh la google, dia ni pelakon drama, kebanyakannya drama yang dilakonkannya mesti ada isma yusof sekali

1st impression dah tentu la salute dengan ainul ni, lagi2 baru2 ni media banyak keluarkan story pasal dia dan tutti frutti yang kini sudah 2 cawangan di Malaysia, sebenarnya aku hanya menemani si raja karim, maklum lah baru habis "workout", dia nak jumpa sebab nak tahu pasal produk kesihatan yang ainul aishah ni jual, monavie, so kami separa tekun mendengar penjelasan ainul pasal produk/marketing plan etc

presentation malam tu bukan macam presentation mlm lain, malam tu ainul present dengan "terkial-kial tp comel", she makes mlm sounds sweet, lol, ini merupakan kali ke berapa ntah aku dengar presentation mlm, and fyi aku mempunyai respect yang tinggi terhadap orang yang buat mlm, lagi-lagi kalau orang tu datang dari keluarga yang senang, instead of spending their family fortune dia berusaha cari duit sendiri

malam tu aku sambar sebotol monavie, mmg sedap, khasiat dia pun terbaik, baru dua hari dah setengah botol aku minum, nanti senang-senang aku review pasal monavie ni

Thursday, February 16, 2012

katak di bawah kereta

tadi haziq saharuddin tanya, "hafiz360 ape cite?"

"ermmm", aku balas

nak dijadikan cerita, setelah selesai urusan dekat haziq's place, aku menuju pulang ke klang, otw keluar dari bandar sri permaisuri aku terperasan ada seekor katak atas dashboard, kecil lagi berkilat, kalau pegang mesti rasa lembik-lembik basah, aku chill je namun selang beberapa minit aku berhentikan kereta di bahu jalan, dengan kreatif, cawan dan straw "chatime" yang aku minum petang tadi aku jadikan alat untuk memerangkap katak tadi, namun makin aku kejar, dia semakin pantas melarikan diri, mentang-mentang la kecik, lalu dia menerjah seat co-pilot, sepantas kilat aku cuba mencekup, tp dia bingkas meluru ke sebelah bawah kiri seat, dengan selamba aku buka pintu lalu turun dari kereta, aku meluru ke pintu kiri belah belakang, lantas aku buka pintu, namun selang beberapa saat aku batalkan niat untuk terus menjejaki katak tersebut apabila menyedari aku berada di sebatang jalan yang sunyi yang bersebelahan hutan sederhana tebal

perjalanan pulang diteruskan

2, 3 minit sebelum sampai ke rumah aku dilambai 3 orang anak muda yang kesemuanya memakai pakaian gelap, aku beranikan diri memberhentikan kereta, mereka berlari meluru ke kereta aku, tenyata mereka masih dibawah umur

"apa budak-budak ni buat kat sini pukul 4.30 pg ni", detik hati aku

"nak pegi mana dik?", aku

"taman sentosa bang", jawab yang paling muda sekali, "12 tahun"

"masuk lah", pelawa aku

aku sempat interview diaorang, diaorang baru pulang dari bandar klang dengan berjalan kaki, "mak suruh mintak duit dekat ayah "angkat" untuk beli gas" ujar si paling muda, tunggu punya tunggu ayah "angkat" tak muncul sebab kereta ada masalah, diorang ni berumur 12, 16, 18 tahun dan merupakan adik beradik "angkat", kesemua mereka tidak bersekolah dan berasal dari flat seri perantau sungai sirih, entah kenapa aku kurang menumpukan perhatian pada cerita mereka dan pada amatan aku mereka baru sahaja berpindah ke penempatan baru mereka, "kitaorang pernah kerja welding bang, tapi sekarang kitaorang tak kerja", terang si paling muda dan yang paling serius antara mereka bertiga, mula-mula diaorang suruh drop dekat kfc berhampiran rumah mereka, tapi aku bermurah hati menghantar sampai ke rumah, memang agak ceruk rumah jenis "rumah kedai" yang mereka tinggal, aku sempat mengambil no telefon mereka sebelum meninggalkan mereka dengan seribu tanda tanya

tipu lah kalau sepanjang perjalanan aku tak rasa "gundah gulana", lagi-lagi dekat taman sebelah tengah hot cerita "maid kene belasah sampai mati", atas dasar keperimanusiaan dan tidak berburuk sangka aku tumpangkan diaorang

sepanjang perjalanan malam tu ada gak cuba uji diorang, aku bagitau yang dekat belakang ada katak, kejap-kejap aku tanya pasal katak, mula la dorang risau sambil gelak-gelak sampai yang paling muda tu kene tenteramkan adik-beradik "angkat" dia yang duduk di seat belakang

*ni bukan kali pertama aku tumpangkan orang yang tak dikenali, ada sekali tu aku hantar pakcik yang jual nasi lemak dpn 7E balik rumah dia naik scooter, pastu dia bagi aku 2, 3 bungkus nasi lemak, aku ambil walaupun masa tu aku tengah berpantang nasi, LOL

Tuesday, October 18, 2011

operation theatre


photo above captured by my sister ayuni, menunjukkan ayah menolak my other sister, ummu to operation theatre, ummu had a minor operation on her stomach, doktor cakap usus dia berlapis+ada ketumbuhan perlu dibuang

rasa sayu masa tengok pic ni sebab ayah did the same thing to me when i'm 15yo, ayah tolak *tiba2 terfikir lak, ayah ke yang tolak? x kisah la at least ayah+ibu always besides me during the entire process, masa tu pun ada penyakit berkenaan usus gak

masa tu warded dlm 4 hari, ada satu malam turn ayah yang kene suap makan, masa tu ayah suap dlm gelap, ayah suap dengan ibu suap memang beza, ayah suap punyalah kasar, nasib baik bubur yang ibu masak tu sedap-licious! sejak dari hari tu bubur tu jadi makanan fav saya, satu periuk saya boleh habiskan sorang, tp itu dulu la, sekarangkan x makan nasi, lol

hopefully ummu cepat sembuh, pasni jaga pemakanan tu ok

Wednesday, September 21, 2011

kalau binatang ade facebook

NYAMUK: Bru habis ronda umah ajoi.. Kenyang, burpp! Alhamdulillah...

CICAK: Isteriku tersepit pintu..

KUCING BETINA: Anak i yang ke-5 bru tanya siape bapaknye.. I bingung nak jawab apa. I sndiri lupa bapaknye siape..

AYAM: Kawan2, esok kalu guwe xupdate bererti guwe udah digoreng.. I luv u all.. Jangan lupe wat kenduri arwah yaa..

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hentam.. Gua positif HIV AIDS! Uwaaaaaa

KUCING JANTAN: Bru pas add awek sebelah umah.. Keturunan PARSI beb!

BABI: Aku bengang btol la, die g pijak taik kucing tapi name aku disebutnye.. WEI BRO!! Lain kali siasat la dulu siape yang berak depan umah kau.. TENSION2....

MORAL: Binatang pun ade perasaan... Heeee ^_^ ♥

Monday, September 19, 2011

truth and lies posters






click here for more

pagi ni saya sungguh bengang sebab baru ingat nak up entry baru dekat blog hafizatan.net, dah settle upload semua gambar tiba2 dia keluar

"Sorry, but you are looking for something that isn't here."

baru ingat nak share gambar wedding latest pakai 5D, oleh kerana mood nak ber-blog tu still ada, tu yang buat entry ni, layan!

Sunday, August 21, 2011

Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Kampung Jawa

*gambar diatas merupakan lirik lagu SENARIO - "seminggu berhari raya" yang diubahsuai, tiada kena mengena dengan yang hidup/mati

Assalamualaikum semua, bulan ramadhan tinggal kurang dari 10 hari lagi dan bersempena bulan yang mulia ini saya mewakili ayahanda saya, Haji Kamaruddin bin Harun ingin *AJK Masjid Dato' Dagang, memohon sumbangan bagi tujuan

PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA

yang bakal menggantikan

Masjid Dato' Dagang, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000, Klang, Selangor

#1
Sumbangan boleh terus ke akaun
PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA
BANK ISLAM 12010010087174

#2
direct kepada saya, setiap RM5 akan diberi 1 kupon

*terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan