Followers



Tuesday, August 28, 2012

Rotan Ayah - What Makes It Beautiful

"Apis, aku azim cs. Ko leh x berlakon dalam jd bapak dlm short film raya cs. Shoot rabu n khamis ni", Azeem

"Bole kot, watak hero ke?", aku

"Hahaha..ko jd bapak yang garang. Shoot dekat tannung karang.", Azeem

"Tanjung karang", perbetul Azeem

"Aku x garang la, bole ke?", tanya aku

"Boleh kene garang jugak", jawab Azeem

"Ok", aku

pagi tu aku geledah almari-almari ayah, kaut je yang mana aku fikir boleh dijadikan wardrobe untuk watak "ayah" nanti, penuh kereta termasuk la kuih-kuih raya #hacookies yang orang tempah. pagi tu setelah mendapat "signal" dari azeem aku memulakan perjalanan, perjalanan ke tanjung karang pagi tu lancar walaupun 3 hari lagi menjelang raya. sejam tiga puluh minit kemudian dengan bantuan google map aku tiba ke lokasi. "KAMBING", itulah yang tertera di signboard simpang masuk ke lokasi pengambaran yang juga sebuah homestay


tanpa mukadimah aku disuruh menyalin pakaian scene pertama dan selang beberapa minit aku sudah pun berada di kawasan sawah, membonceng anak teruna dengan muka habis garang bak hang! pemandangan sawah ketika itu sukar digambarkan, SubhanAllah. hanya "na na na na na" yang kedengaran dari mulut "atan" pabila disuruh menyanyikan lagu rakyat, urban.

"wak ada rotan?", tanya azeem pada wak amin, owner homestay

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"ambilkan rotan yang bapak selalu guna rotan kau tu", tambah wak amin bersahaja

tengahari itu beberapa scene berjaya disudahkan walau berpanas di bulan Ramadhan. pukul 4 petang kami bergegas ke hospital tanjong karang untuk scene "doktor! doktor! tolong saya doktor!", scene ni mencabar bak hang! aku hampir trauma melakonkan scene ini berulang kali sedangkan "atan" cuma terkulai tanpa dialog dalam dakapan aku, gaji buta, LOL

petang itu kami singgah di bazar ramadhan tanjong karang, rata-rata kami memborong air. setiba kami di homestay kami tidak melepaskan peluang menyegarkan diri dalam kolam renang bersaiz olimpik yang tersergam indah bersebelahan homestay tersebut, sekadar cukup syarat.


menu aku, bakso bak hang!

"pom! pom! pom!", bunyi meriam sesudah berbuka, masing-masing teruja

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"pergi bakar meriam, abang-abang ni nak tengok!", tambah wak amin lagi

malam itu beberapa scene berjaya disudahkan sebelum semuanya lena, surprisingly tanpa sebarang gigitan nyamuk. menu sahur kami pagi tu maggi goreng, nasi goreng, telur goreng dan air tebu, nyaman.

pagi tu terasa syahdu dan damai, umpama berada di sebuah resort di persisiran pantai yang dilatari pepohon kelapa lengkap dengan kolam renang infiniti, tiba-tiba terlihat kelibat azeem dan krew sedang menyiapkan peralatan pengambaran, potong betul!

scene lemas dan scene "menyelamat" disudahkan pada sebelah pagi. oleh kerana paras air dalam longkang yang cetek, scene terjun terpaksa dilupakan. percubaan keluar sendiri dari longkang gagal akibat terpijak kain basah yang kian londeh, ditambah dasar longkang yang berselut, alasan.

scene kubur mengakhiri watak "ayah" tengahari itu, dengan bantuan kapur kasut milik anak owner homestay dan kepakaran bertahun-tahun Azeem sebagai jurumekap special effect berjaya membuatkan aku kelihatan tua, gangnam style.

tepat 2:50 AM waktu tanjung karang, pengambaran short film Rotan Ayah tamat, Alhamdulillah

sebagai rumusan, walaupun ini bukan kali pertama melakonkan watak ayah *kali pertama semasa menjadi ayah zeffy untuk "save the date" Azizi Lee+Zeffy by CST production, ini merupakan kali pertama aku menjadi antara peneraju utama. rasa nervous tetap ada lagi-lagi scene di hospital.

pengambaran dua hari di bulan Ramadhan yang ditemani terikan matahari kurang terasa penatnya dek pemandangan tanjung karang yang indah. homestay ni pula nampak je simple tapi sangat istimewa, dari celoteh ownernya, wak amin sehinggalah kolam renang gergasi di tengah-tengah kampung, siapa sangka?.

Alhamdulillah feedback yang diberikan untuk short film ini banyak yang positif dan tanpa sedar apa yang dilalui "atan" mempunyai persamaan dengan apa yang aku lalui semasa kecil, tak boleh main bunga api, susah nak beli mainan/apa-apa dan ayah aku memang ada rotan sebiji macam dalam short film ni, tapi jarang-jarang kena *tak berapa ingat, ingatan tak kuat, dah tua.

korangggg! kene keluar sekarang! ada orang lain nak masuk!", jerit wak amin bersahaja. kelakor wak amin ni!

aku gerak awal petang tu, nak kejarkan berbuka di rumah, belah malam pula nak sambung delivery #hacookies :)


Wednesday, April 4, 2012

Vietnam 2012 "The Untold Story"

elok-elok dah tido awal bole pulak terjaga at 3pm, today was a hectic day woot! 1stly mmg x cukup tido, yesterday kene select new set of wedding photo for "shoot & burn" client sebab ada appointment belah malamnya, belah petang pulak ayuni ada biz appointment dekat batu cave, so memang dah plan sesampai je batu cave nak tidur dalam kereta, 3 jam saya tidur dalam kereta sebelum bergegas ke empire mall subang jaya, Alhamdulillah 3 jam tidur tu cukup, mungkin kesan dari pekena bercawan2 kopi masa select photo, selalunya after 3 jam tido pun masih flat badan ni

after a while baru hari ni ade mood dan ketika untuk menulis pasal Vietnam, buat yang masih tak tahu pertengahan bulan march yang lalu sekali lagi saya ditugaskan untuk cover business trip *after Hong Kong trip last year, what is interesting about Vietnam?

Suprisingly Vietnam berjaya menambat hati saya melalui budaya & sejarahnya, keunikan bandar yang dipenuhi lautan motorsikal yang tidak berkiblatkan "traffic light" di hampir semua jalan-jalan di tengah bandaraya, kepadatan penduduk yang rata-rata memilih motorsikal sebagai pengangkutan utama menghalang kepada penggunaan "traffic light", bayangkan dalam satu-satu masa motorsikal bersimpang-siur, ada yang mahu ke kanan, ada yang mahu ke kiri, dan ada yang mahu terus, kita yang melihat pula yang "cuak"

Vietnam sememangnya berpotensi menjadi pusat pelancongan yang mendatangkan pulangan lumayan, jika Vietnam lebih mensasarkan industri pelancongan kepada pelancong-pelancong dari Malaysia yang sememangnya gemar membeli-belah di Vietnam pasti pulangan dari industri ini berlipat kali ganda, bayangkan sepanjang empat hari berada di Vietnam, empat kali kami singgah di Ben Then untuk membeli belah kain, Ben Then merupakan pasar yang menjual kain, pakaian, batu perhiasan/barang kemas, barang basah dan macam-macam lagi, tapi ini ada satu tips, menurut peserta rombongan pasar "Little China" juga menjual barang seperti barang-barang di Ben Than tapi dengan harga yang lebih murah TAPI agak sukar berurusan dia Little China kerana peniaga disini tidak tahu bertutur dalam bahasa english mahupun bahasa melayu

Bahasa melayu? jangan terkejut kebanyakan peniaga di pasar Ben Then boleh berbahasa melayu walaupun sesetengahnya dalam slang indonesia dan jika ke pasar malam berdekatan dengan Ben Then ada peniaga yang berasal dari Malaysia dan Indonesia

berbeza dengan trip Hong Kong sebelum ini, kali ni saya diberikan bilik seorang, tiada pihak kedua mahupun ketiga *di Hong Kong berkongsi dengan urusetia, sepanjang empat hari disana badan yang letih setiap kali berjalan/mengambil gambar hilang serta merta bila buka pintu bilik yang sentiasa di kemas oleh "room service", ada dua katil ber-size super-single tapi tidur sorang-sorang, before tido mandi puas-puas/berendam bath tub, buat air teh then tengok tv sampai terlelap, heaven!

what else? rasanya penduduk vietnam perlu lebih terbuka dan lebih meraikan kedatangan pelancong luar, sebelum itu rasanya ramai yang sedia maklum Vietnam terlibat dengan perang untuk tempoh yang agak panjang, rasanya trauma dan perasaan benci terhadap orang asing masih menebal, kesempatan berkunjung ke muzium perang dan Cucci Tunnel sedikit sebanyak dapat memahami dan mendalami penderitaan rakyat "terdahulu" di Vietnam, kagum dengan semangat mereka menghadapi saat-saat getir peperangan, saya bukanlah penggemar sejarah tapi "semangat perjuangan" rakyat Vietnam dapat dihidu melalui pancaindera, semoga semangat ini tidak pupus akibat pembangunan teknologi dan kesenangan serta kemudahan yang dinikmati generasi terkini

last but not least, tips ini sangat penting lagi-lagi jika anda berada di "market-market" di Vietnam dan kawasan tumpuan pelancong

"beg kalau letak depan kita punya, letak belakang orang lain punya!", sendiri mau ingat


Click sini untuk gambar-gambar semasa trip Vietnam 2012

Wednesday, February 22, 2012

ainul aishah - gadis mlm


malam kelmarin aku berpeluang bersua muka dan duduk semeja bersama ainul aishah, kenal x? kalau x kenal boleh la google, dia ni pelakon drama, kebanyakannya drama yang dilakonkannya mesti ada isma yusof sekali

1st impression dah tentu la salute dengan ainul ni, lagi2 baru2 ni media banyak keluarkan story pasal dia dan tutti frutti yang kini sudah 2 cawangan di Malaysia, sebenarnya aku hanya menemani si raja karim, maklum lah baru habis "workout", dia nak jumpa sebab nak tahu pasal produk kesihatan yang ainul aishah ni jual, monavie, so kami separa tekun mendengar penjelasan ainul pasal produk/marketing plan etc

presentation malam tu bukan macam presentation mlm lain, malam tu ainul present dengan "terkial-kial tp comel", she makes mlm sounds sweet, lol, ini merupakan kali ke berapa ntah aku dengar presentation mlm, and fyi aku mempunyai respect yang tinggi terhadap orang yang buat mlm, lagi-lagi kalau orang tu datang dari keluarga yang senang, instead of spending their family fortune dia berusaha cari duit sendiri

malam tu aku sambar sebotol monavie, mmg sedap, khasiat dia pun terbaik, baru dua hari dah setengah botol aku minum, nanti senang-senang aku review pasal monavie ni

Thursday, February 16, 2012

katak di bawah kereta

tadi haziq saharuddin tanya, "hafiz360 ape cite?"

"ermmm", aku balas

nak dijadikan cerita, setelah selesai urusan dekat haziq's place, aku menuju pulang ke klang, otw keluar dari bandar sri permaisuri aku terperasan ada seekor katak atas dashboard, kecil lagi berkilat, kalau pegang mesti rasa lembik-lembik basah, aku chill je namun selang beberapa minit aku berhentikan kereta di bahu jalan, dengan kreatif, cawan dan straw "chatime" yang aku minum petang tadi aku jadikan alat untuk memerangkap katak tadi, namun makin aku kejar, dia semakin pantas melarikan diri, mentang-mentang la kecik, lalu dia menerjah seat co-pilot, sepantas kilat aku cuba mencekup, tp dia bingkas meluru ke sebelah bawah kiri seat, dengan selamba aku buka pintu lalu turun dari kereta, aku meluru ke pintu kiri belah belakang, lantas aku buka pintu, namun selang beberapa saat aku batalkan niat untuk terus menjejaki katak tersebut apabila menyedari aku berada di sebatang jalan yang sunyi yang bersebelahan hutan sederhana tebal

perjalanan pulang diteruskan

2, 3 minit sebelum sampai ke rumah aku dilambai 3 orang anak muda yang kesemuanya memakai pakaian gelap, aku beranikan diri memberhentikan kereta, mereka berlari meluru ke kereta aku, tenyata mereka masih dibawah umur

"apa budak-budak ni buat kat sini pukul 4.30 pg ni", detik hati aku

"nak pegi mana dik?", aku

"taman sentosa bang", jawab yang paling muda sekali, "12 tahun"

"masuk lah", pelawa aku

aku sempat interview diaorang, diaorang baru pulang dari bandar klang dengan berjalan kaki, "mak suruh mintak duit dekat ayah "angkat" untuk beli gas" ujar si paling muda, tunggu punya tunggu ayah "angkat" tak muncul sebab kereta ada masalah, diorang ni berumur 12, 16, 18 tahun dan merupakan adik beradik "angkat", kesemua mereka tidak bersekolah dan berasal dari flat seri perantau sungai sirih, entah kenapa aku kurang menumpukan perhatian pada cerita mereka dan pada amatan aku mereka baru sahaja berpindah ke penempatan baru mereka, "kitaorang pernah kerja welding bang, tapi sekarang kitaorang tak kerja", terang si paling muda dan yang paling serius antara mereka bertiga, mula-mula diaorang suruh drop dekat kfc berhampiran rumah mereka, tapi aku bermurah hati menghantar sampai ke rumah, memang agak ceruk rumah jenis "rumah kedai" yang mereka tinggal, aku sempat mengambil no telefon mereka sebelum meninggalkan mereka dengan seribu tanda tanya

tipu lah kalau sepanjang perjalanan aku tak rasa "gundah gulana", lagi-lagi dekat taman sebelah tengah hot cerita "maid kene belasah sampai mati", atas dasar keperimanusiaan dan tidak berburuk sangka aku tumpangkan diaorang

sepanjang perjalanan malam tu ada gak cuba uji diorang, aku bagitau yang dekat belakang ada katak, kejap-kejap aku tanya pasal katak, mula la dorang risau sambil gelak-gelak sampai yang paling muda tu kene tenteramkan adik-beradik "angkat" dia yang duduk di seat belakang

*ni bukan kali pertama aku tumpangkan orang yang tak dikenali, ada sekali tu aku hantar pakcik yang jual nasi lemak dpn 7E balik rumah dia naik scooter, pastu dia bagi aku 2, 3 bungkus nasi lemak, aku ambil walaupun masa tu aku tengah berpantang nasi, LOL

Tuesday, October 18, 2011

operation theatre


photo above captured by my sister ayuni, menunjukkan ayah menolak my other sister, ummu to operation theatre, ummu had a minor operation on her stomach, doktor cakap usus dia berlapis+ada ketumbuhan perlu dibuang

rasa sayu masa tengok pic ni sebab ayah did the same thing to me when i'm 15yo, ayah tolak *tiba2 terfikir lak, ayah ke yang tolak? x kisah la at least ayah+ibu always besides me during the entire process, masa tu pun ada penyakit berkenaan usus gak

masa tu warded dlm 4 hari, ada satu malam turn ayah yang kene suap makan, masa tu ayah suap dlm gelap, ayah suap dengan ibu suap memang beza, ayah suap punyalah kasar, nasib baik bubur yang ibu masak tu sedap-licious! sejak dari hari tu bubur tu jadi makanan fav saya, satu periuk saya boleh habiskan sorang, tp itu dulu la, sekarangkan x makan nasi, lol

hopefully ummu cepat sembuh, pasni jaga pemakanan tu ok

Wednesday, September 21, 2011

kalau binatang ade facebook

NYAMUK: Bru habis ronda umah ajoi.. Kenyang, burpp! Alhamdulillah...

CICAK: Isteriku tersepit pintu..

KUCING BETINA: Anak i yang ke-5 bru tanya siape bapaknye.. I bingung nak jawab apa. I sndiri lupa bapaknye siape..

AYAM: Kawan2, esok kalu guwe xupdate bererti guwe udah digoreng.. I luv u all.. Jangan lupe wat kenduri arwah yaa..

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hentam.. Gua positif HIV AIDS! Uwaaaaaa

KUCING JANTAN: Bru pas add awek sebelah umah.. Keturunan PARSI beb!

BABI: Aku bengang btol la, die g pijak taik kucing tapi name aku disebutnye.. WEI BRO!! Lain kali siasat la dulu siape yang berak depan umah kau.. TENSION2....

MORAL: Binatang pun ade perasaan... Heeee ^_^ ♥