Followers



Tuesday, August 28, 2012

Rotan Ayah - What Makes It Beautiful

"Apis, aku azim cs. Ko leh x berlakon dalam jd bapak dlm short film raya cs. Shoot rabu n khamis ni", Azeem

"Bole kot, watak hero ke?", aku

"Hahaha..ko jd bapak yang garang. Shoot dekat tannung karang.", Azeem

"Tanjung karang", perbetul Azeem

"Aku x garang la, bole ke?", tanya aku

"Boleh kene garang jugak", jawab Azeem

"Ok", aku

pagi tu aku geledah almari-almari ayah, kaut je yang mana aku fikir boleh dijadikan wardrobe untuk watak "ayah" nanti, penuh kereta termasuk la kuih-kuih raya #hacookies yang orang tempah. pagi tu setelah mendapat "signal" dari azeem aku memulakan perjalanan, perjalanan ke tanjung karang pagi tu lancar walaupun 3 hari lagi menjelang raya. sejam tiga puluh minit kemudian dengan bantuan google map aku tiba ke lokasi. "KAMBING", itulah yang tertera di signboard simpang masuk ke lokasi pengambaran yang juga sebuah homestay


tanpa mukadimah aku disuruh menyalin pakaian scene pertama dan selang beberapa minit aku sudah pun berada di kawasan sawah, membonceng anak teruna dengan muka habis garang bak hang! pemandangan sawah ketika itu sukar digambarkan, SubhanAllah. hanya "na na na na na" yang kedengaran dari mulut "atan" pabila disuruh menyanyikan lagu rakyat, urban.

"wak ada rotan?", tanya azeem pada wak amin, owner homestay

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"ambilkan rotan yang bapak selalu guna rotan kau tu", tambah wak amin bersahaja

tengahari itu beberapa scene berjaya disudahkan walau berpanas di bulan Ramadhan. pukul 4 petang kami bergegas ke hospital tanjong karang untuk scene "doktor! doktor! tolong saya doktor!", scene ni mencabar bak hang! aku hampir trauma melakonkan scene ini berulang kali sedangkan "atan" cuma terkulai tanpa dialog dalam dakapan aku, gaji buta, LOL

petang itu kami singgah di bazar ramadhan tanjong karang, rata-rata kami memborong air. setiba kami di homestay kami tidak melepaskan peluang menyegarkan diri dalam kolam renang bersaiz olimpik yang tersergam indah bersebelahan homestay tersebut, sekadar cukup syarat.


menu aku, bakso bak hang!

"pom! pom! pom!", bunyi meriam sesudah berbuka, masing-masing teruja

"razakkkkkkkkkkkkkkk!!!", jerit wak amin memanggil anaknya

"pergi bakar meriam, abang-abang ni nak tengok!", tambah wak amin lagi

malam itu beberapa scene berjaya disudahkan sebelum semuanya lena, surprisingly tanpa sebarang gigitan nyamuk. menu sahur kami pagi tu maggi goreng, nasi goreng, telur goreng dan air tebu, nyaman.

pagi tu terasa syahdu dan damai, umpama berada di sebuah resort di persisiran pantai yang dilatari pepohon kelapa lengkap dengan kolam renang infiniti, tiba-tiba terlihat kelibat azeem dan krew sedang menyiapkan peralatan pengambaran, potong betul!

scene lemas dan scene "menyelamat" disudahkan pada sebelah pagi. oleh kerana paras air dalam longkang yang cetek, scene terjun terpaksa dilupakan. percubaan keluar sendiri dari longkang gagal akibat terpijak kain basah yang kian londeh, ditambah dasar longkang yang berselut, alasan.

scene kubur mengakhiri watak "ayah" tengahari itu, dengan bantuan kapur kasut milik anak owner homestay dan kepakaran bertahun-tahun Azeem sebagai jurumekap special effect berjaya membuatkan aku kelihatan tua, gangnam style.

tepat 2:50 AM waktu tanjung karang, pengambaran short film Rotan Ayah tamat, Alhamdulillah

sebagai rumusan, walaupun ini bukan kali pertama melakonkan watak ayah *kali pertama semasa menjadi ayah zeffy untuk "save the date" Azizi Lee+Zeffy by CST production, ini merupakan kali pertama aku menjadi antara peneraju utama. rasa nervous tetap ada lagi-lagi scene di hospital.

pengambaran dua hari di bulan Ramadhan yang ditemani terikan matahari kurang terasa penatnya dek pemandangan tanjung karang yang indah. homestay ni pula nampak je simple tapi sangat istimewa, dari celoteh ownernya, wak amin sehinggalah kolam renang gergasi di tengah-tengah kampung, siapa sangka?.

Alhamdulillah feedback yang diberikan untuk short film ini banyak yang positif dan tanpa sedar apa yang dilalui "atan" mempunyai persamaan dengan apa yang aku lalui semasa kecil, tak boleh main bunga api, susah nak beli mainan/apa-apa dan ayah aku memang ada rotan sebiji macam dalam short film ni, tapi jarang-jarang kena *tak berapa ingat, ingatan tak kuat, dah tua.

korangggg! kene keluar sekarang! ada orang lain nak masuk!", jerit wak amin bersahaja. kelakor wak amin ni!

aku gerak awal petang tu, nak kejarkan berbuka di rumah, belah malam pula nak sambung delivery #hacookies :)


Wednesday, April 4, 2012

Vietnam 2012 "The Untold Story"

elok-elok dah tido awal bole pulak terjaga at 3pm, today was a hectic day woot! 1stly mmg x cukup tido, yesterday kene select new set of wedding photo for "shoot & burn" client sebab ada appointment belah malamnya, belah petang pulak ayuni ada biz appointment dekat batu cave, so memang dah plan sesampai je batu cave nak tidur dalam kereta, 3 jam saya tidur dalam kereta sebelum bergegas ke empire mall subang jaya, Alhamdulillah 3 jam tidur tu cukup, mungkin kesan dari pekena bercawan2 kopi masa select photo, selalunya after 3 jam tido pun masih flat badan ni

after a while baru hari ni ade mood dan ketika untuk menulis pasal Vietnam, buat yang masih tak tahu pertengahan bulan march yang lalu sekali lagi saya ditugaskan untuk cover business trip *after Hong Kong trip last year, what is interesting about Vietnam?

Suprisingly Vietnam berjaya menambat hati saya melalui budaya & sejarahnya, keunikan bandar yang dipenuhi lautan motorsikal yang tidak berkiblatkan "traffic light" di hampir semua jalan-jalan di tengah bandaraya, kepadatan penduduk yang rata-rata memilih motorsikal sebagai pengangkutan utama menghalang kepada penggunaan "traffic light", bayangkan dalam satu-satu masa motorsikal bersimpang-siur, ada yang mahu ke kanan, ada yang mahu ke kiri, dan ada yang mahu terus, kita yang melihat pula yang "cuak"

Vietnam sememangnya berpotensi menjadi pusat pelancongan yang mendatangkan pulangan lumayan, jika Vietnam lebih mensasarkan industri pelancongan kepada pelancong-pelancong dari Malaysia yang sememangnya gemar membeli-belah di Vietnam pasti pulangan dari industri ini berlipat kali ganda, bayangkan sepanjang empat hari berada di Vietnam, empat kali kami singgah di Ben Then untuk membeli belah kain, Ben Then merupakan pasar yang menjual kain, pakaian, batu perhiasan/barang kemas, barang basah dan macam-macam lagi, tapi ini ada satu tips, menurut peserta rombongan pasar "Little China" juga menjual barang seperti barang-barang di Ben Than tapi dengan harga yang lebih murah TAPI agak sukar berurusan dia Little China kerana peniaga disini tidak tahu bertutur dalam bahasa english mahupun bahasa melayu

Bahasa melayu? jangan terkejut kebanyakan peniaga di pasar Ben Then boleh berbahasa melayu walaupun sesetengahnya dalam slang indonesia dan jika ke pasar malam berdekatan dengan Ben Then ada peniaga yang berasal dari Malaysia dan Indonesia

berbeza dengan trip Hong Kong sebelum ini, kali ni saya diberikan bilik seorang, tiada pihak kedua mahupun ketiga *di Hong Kong berkongsi dengan urusetia, sepanjang empat hari disana badan yang letih setiap kali berjalan/mengambil gambar hilang serta merta bila buka pintu bilik yang sentiasa di kemas oleh "room service", ada dua katil ber-size super-single tapi tidur sorang-sorang, before tido mandi puas-puas/berendam bath tub, buat air teh then tengok tv sampai terlelap, heaven!

what else? rasanya penduduk vietnam perlu lebih terbuka dan lebih meraikan kedatangan pelancong luar, sebelum itu rasanya ramai yang sedia maklum Vietnam terlibat dengan perang untuk tempoh yang agak panjang, rasanya trauma dan perasaan benci terhadap orang asing masih menebal, kesempatan berkunjung ke muzium perang dan Cucci Tunnel sedikit sebanyak dapat memahami dan mendalami penderitaan rakyat "terdahulu" di Vietnam, kagum dengan semangat mereka menghadapi saat-saat getir peperangan, saya bukanlah penggemar sejarah tapi "semangat perjuangan" rakyat Vietnam dapat dihidu melalui pancaindera, semoga semangat ini tidak pupus akibat pembangunan teknologi dan kesenangan serta kemudahan yang dinikmati generasi terkini

last but not least, tips ini sangat penting lagi-lagi jika anda berada di "market-market" di Vietnam dan kawasan tumpuan pelancong

"beg kalau letak depan kita punya, letak belakang orang lain punya!", sendiri mau ingat


Click sini untuk gambar-gambar semasa trip Vietnam 2012

Wednesday, February 22, 2012

ainul aishah - gadis mlm


malam kelmarin aku berpeluang bersua muka dan duduk semeja bersama ainul aishah, kenal x? kalau x kenal boleh la google, dia ni pelakon drama, kebanyakannya drama yang dilakonkannya mesti ada isma yusof sekali

1st impression dah tentu la salute dengan ainul ni, lagi2 baru2 ni media banyak keluarkan story pasal dia dan tutti frutti yang kini sudah 2 cawangan di Malaysia, sebenarnya aku hanya menemani si raja karim, maklum lah baru habis "workout", dia nak jumpa sebab nak tahu pasal produk kesihatan yang ainul aishah ni jual, monavie, so kami separa tekun mendengar penjelasan ainul pasal produk/marketing plan etc

presentation malam tu bukan macam presentation mlm lain, malam tu ainul present dengan "terkial-kial tp comel", she makes mlm sounds sweet, lol, ini merupakan kali ke berapa ntah aku dengar presentation mlm, and fyi aku mempunyai respect yang tinggi terhadap orang yang buat mlm, lagi-lagi kalau orang tu datang dari keluarga yang senang, instead of spending their family fortune dia berusaha cari duit sendiri

malam tu aku sambar sebotol monavie, mmg sedap, khasiat dia pun terbaik, baru dua hari dah setengah botol aku minum, nanti senang-senang aku review pasal monavie ni

Thursday, February 16, 2012

katak di bawah kereta

tadi haziq saharuddin tanya, "hafiz360 ape cite?"

"ermmm", aku balas

nak dijadikan cerita, setelah selesai urusan dekat haziq's place, aku menuju pulang ke klang, otw keluar dari bandar sri permaisuri aku terperasan ada seekor katak atas dashboard, kecil lagi berkilat, kalau pegang mesti rasa lembik-lembik basah, aku chill je namun selang beberapa minit aku berhentikan kereta di bahu jalan, dengan kreatif, cawan dan straw "chatime" yang aku minum petang tadi aku jadikan alat untuk memerangkap katak tadi, namun makin aku kejar, dia semakin pantas melarikan diri, mentang-mentang la kecik, lalu dia menerjah seat co-pilot, sepantas kilat aku cuba mencekup, tp dia bingkas meluru ke sebelah bawah kiri seat, dengan selamba aku buka pintu lalu turun dari kereta, aku meluru ke pintu kiri belah belakang, lantas aku buka pintu, namun selang beberapa saat aku batalkan niat untuk terus menjejaki katak tersebut apabila menyedari aku berada di sebatang jalan yang sunyi yang bersebelahan hutan sederhana tebal

perjalanan pulang diteruskan

2, 3 minit sebelum sampai ke rumah aku dilambai 3 orang anak muda yang kesemuanya memakai pakaian gelap, aku beranikan diri memberhentikan kereta, mereka berlari meluru ke kereta aku, tenyata mereka masih dibawah umur

"apa budak-budak ni buat kat sini pukul 4.30 pg ni", detik hati aku

"nak pegi mana dik?", aku

"taman sentosa bang", jawab yang paling muda sekali, "12 tahun"

"masuk lah", pelawa aku

aku sempat interview diaorang, diaorang baru pulang dari bandar klang dengan berjalan kaki, "mak suruh mintak duit dekat ayah "angkat" untuk beli gas" ujar si paling muda, tunggu punya tunggu ayah "angkat" tak muncul sebab kereta ada masalah, diorang ni berumur 12, 16, 18 tahun dan merupakan adik beradik "angkat", kesemua mereka tidak bersekolah dan berasal dari flat seri perantau sungai sirih, entah kenapa aku kurang menumpukan perhatian pada cerita mereka dan pada amatan aku mereka baru sahaja berpindah ke penempatan baru mereka, "kitaorang pernah kerja welding bang, tapi sekarang kitaorang tak kerja", terang si paling muda dan yang paling serius antara mereka bertiga, mula-mula diaorang suruh drop dekat kfc berhampiran rumah mereka, tapi aku bermurah hati menghantar sampai ke rumah, memang agak ceruk rumah jenis "rumah kedai" yang mereka tinggal, aku sempat mengambil no telefon mereka sebelum meninggalkan mereka dengan seribu tanda tanya

tipu lah kalau sepanjang perjalanan aku tak rasa "gundah gulana", lagi-lagi dekat taman sebelah tengah hot cerita "maid kene belasah sampai mati", atas dasar keperimanusiaan dan tidak berburuk sangka aku tumpangkan diaorang

sepanjang perjalanan malam tu ada gak cuba uji diorang, aku bagitau yang dekat belakang ada katak, kejap-kejap aku tanya pasal katak, mula la dorang risau sambil gelak-gelak sampai yang paling muda tu kene tenteramkan adik-beradik "angkat" dia yang duduk di seat belakang

*ni bukan kali pertama aku tumpangkan orang yang tak dikenali, ada sekali tu aku hantar pakcik yang jual nasi lemak dpn 7E balik rumah dia naik scooter, pastu dia bagi aku 2, 3 bungkus nasi lemak, aku ambil walaupun masa tu aku tengah berpantang nasi, LOL

Tuesday, October 18, 2011

operation theatre


photo above captured by my sister ayuni, menunjukkan ayah menolak my other sister, ummu to operation theatre, ummu had a minor operation on her stomach, doktor cakap usus dia berlapis+ada ketumbuhan perlu dibuang

rasa sayu masa tengok pic ni sebab ayah did the same thing to me when i'm 15yo, ayah tolak *tiba2 terfikir lak, ayah ke yang tolak? x kisah la at least ayah+ibu always besides me during the entire process, masa tu pun ada penyakit berkenaan usus gak

masa tu warded dlm 4 hari, ada satu malam turn ayah yang kene suap makan, masa tu ayah suap dlm gelap, ayah suap dengan ibu suap memang beza, ayah suap punyalah kasar, nasib baik bubur yang ibu masak tu sedap-licious! sejak dari hari tu bubur tu jadi makanan fav saya, satu periuk saya boleh habiskan sorang, tp itu dulu la, sekarangkan x makan nasi, lol

hopefully ummu cepat sembuh, pasni jaga pemakanan tu ok

Wednesday, September 21, 2011

kalau binatang ade facebook

NYAMUK: Bru habis ronda umah ajoi.. Kenyang, burpp! Alhamdulillah...

CICAK: Isteriku tersepit pintu..

KUCING BETINA: Anak i yang ke-5 bru tanya siape bapaknye.. I bingung nak jawab apa. I sndiri lupa bapaknye siape..

AYAM: Kawan2, esok kalu guwe xupdate bererti guwe udah digoreng.. I luv u all.. Jangan lupe wat kenduri arwah yaa..

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hentam.. Gua positif HIV AIDS! Uwaaaaaa

KUCING JANTAN: Bru pas add awek sebelah umah.. Keturunan PARSI beb!

BABI: Aku bengang btol la, die g pijak taik kucing tapi name aku disebutnye.. WEI BRO!! Lain kali siasat la dulu siape yang berak depan umah kau.. TENSION2....

MORAL: Binatang pun ade perasaan... Heeee ^_^ ♥

Monday, September 19, 2011

truth and lies posters






click here for more

pagi ni saya sungguh bengang sebab baru ingat nak up entry baru dekat blog hafizatan.net, dah settle upload semua gambar tiba2 dia keluar

"Sorry, but you are looking for something that isn't here."

baru ingat nak share gambar wedding latest pakai 5D, oleh kerana mood nak ber-blog tu still ada, tu yang buat entry ni, layan!

Sunday, August 21, 2011

Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Kampung Jawa

*gambar diatas merupakan lirik lagu SENARIO - "seminggu berhari raya" yang diubahsuai, tiada kena mengena dengan yang hidup/mati

Assalamualaikum semua, bulan ramadhan tinggal kurang dari 10 hari lagi dan bersempena bulan yang mulia ini saya mewakili ayahanda saya, Haji Kamaruddin bin Harun ingin *AJK Masjid Dato' Dagang, memohon sumbangan bagi tujuan

PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA

yang bakal menggantikan

Masjid Dato' Dagang, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000, Klang, Selangor

#1
Sumbangan boleh terus ke akaun
PEMBINAAN MASJID BARU KAMPUNG JAWA
BANK ISLAM 12010010087174

#2
direct kepada saya, setiap RM5 akan diberi 1 kupon

*terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan



Wednesday, August 17, 2011

why i don't watch news and read newspaper anymore nowdays

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture




Wednesday, August 10, 2011

lama tak berbunyi

Assalamualaikum, Selamat pagi


lama rasanya takde entry baru, bulan puasa ni liat pulak, cuma banyak upload gamba dkt fb je, hari ni dah masuk 11 Ramadhan, minggu kedua berpuasa, rasa cepat masa berlalu *ayat cliche, Alhamdulillah rezeki Allah, walaupun bulan puasa ni kurang job tapi Allah bagi rezeki cara lain, kuih raya, dan yang paling memeranjatkan ada seorang customer order 60 balang terus, Alhamdulillah

sempena mengambil barakah bulan Ramadhan juga pada 1 Ramadhan yang lalu saya menyambar kamera baru, sesuatu yang saya memang saya idamkan, Canon 5DM2, dan jika ditanya kenapa bertukar pada Canon 5DM2, saya takde jawapan spesifik, fyi sebelum ni saya guna Nikon D90 sebagai sumber mencari rezeki, "memang kamera bukan penentu gambar yang cantik, tapi kalau boleh push ISO tinggi2 masa shoot dewan perdana felda kan lebih baik?", semoga selepas ini lebih serius dan bertambah2 rezeki la hendaknya

2011 hampir masuk suku tahun ketiga, hopefully tahun ni kareer akan bertambah baik, hope je tak guna gak, kene "action", banyak lagi yang kene belajar dan kene disiplinkan, sistem kene bagus, Insha Allah

oh last but not least semalam hari jadi ibu tercinta, alang harap ibu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu, boleh buat ucapan raya sekali x? lol


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Monday, August 1, 2011

your Ramadhan moment

my sister "Ramadhan moment", taken from Nurayka Kh facebook


Niat puasa,scan dari buku send by my mum when im 1st time stay far away from them .Puasa di negeri orang .still save lagi.Tq ♥ =)
kalau tak dulu2 ,malam.. ayah bace then me and my small sister duduk sekali follow baca niat for one month..teringat pulak dulu2...;(
jgn lupe niat kawan2!

my Ramadhan moment

dulu masa kecik-kecik, ayah selalu outstation ke Langkawi, bila waktu sahur ibu akan suap kami adik beradik dekat atas katil/tilam, masa tu sahur dengan nasi berlauk telur goreng dengan kicap, walaupun simple, sedap yang amat, terima kasih ibu!

share with me what is your Ramadhan moment! *kalau ada yang best boleh saya bagi CHOC CHIP sebalang :p


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Sunday, July 31, 2011

Khasiat buah anggur


  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.



please Like Hafiz360 for more info *click on above picture


Wednesday, July 27, 2011

petang tadi

petang tadi, ibu dan ayah duduk di sofa sambil menonton televisyen

#babak 1

"awak ni, ade je tak kene kalau cerita melayu", balas ibu kepada komentar-komentar ayah yang sememangnya anti terhadap drama-drama melayu

#babak 2

"alang *nama panggilan saya dirumah, nanti awak orderkan ibu macarons, ibu ada nampak dekat facebook awak", ibu

"ibu tengok yang mana 1?", saya

"dekat facebook awak la, yang nama smooch tu, tapi nama dia macrons sebenarnya, makanan orang putih tu, orang sini dah pandai buat, dia pakai telur putih", terang ibu panjang

"itu makaroni kot", celah ayah

macam-macam


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture

Tuesday, July 26, 2011

minggu ini

dilanda sakit kepala, sebab tak basuh rambut few days kot, ke banyak tido?, haha, tiba-tiba rasa nak menulis lak, week lepas saya takde job, hari sabtu SN jemput tengok ZTP(Zero to Pro 4), seronok tengok kacuk/khairul hazwan bagi talk, impress dengan portfolio dia dan skill dia handle kelas, dalam masa yang sama sempat saya promote CHOC CHIP dekat fasi-fasi, berjaya jugak la jual 6, 7 balang, $$$

Ahad saya keluar dengan riziana+farah, riziana ni one of my bestfriend since sekolah, saya belanja dia makan dekat the apartment the curve sempena birthday dia yang jatuh masa "bersih", kira belated birthday la, the food was so-so, saya teringin makan salmon, kali ni tersilap order lagi, hari tu dekat delicious salah order gak, salmon kali ni masak ala-ala chinese food siap ada kailan, sape tahu mana ada salmon yang sedap?, riziana makan chicken in the bag, farah makan chicken jugak, lupa nama dia and we order chicken spaghety, harga pulak, standart lah harga-harga kedai macam tu, ingatkan nak tengok cerita "awek aku pontianak", tapi takde pulak, malam lepak bestari layan indomee daging, padahal perut dah penuh

Isnin paling banyak bende nak buat, tengahari pergi wangsa maju, settlekan urusan "redemption unit" client *dulu saya pernah berjinak dengan unitrust, dia dah untung lebih dari 10% dari pelaburan dia, tapi dia nak redeem sebab nak beli kereta, lepas tu terus ke plaza damas, ambil baju dekat butik Lynda Rahim Kuala Lumpur, baju tu nak digunakan untuk workshop di SNAP by Saiful Nang, big thanks to kak lynda for the sponsor, *sponsor wedding saya boleh? lol, lepas tu terus pecut ke puchong hantar baju-baju yang bernilai hampir puluhan ribu tu, sambil tu sempat jamu peserta kursus dengan CHOC CHIP, dapat 5, 6 balang tempahan lagi, $$$, sepatutnya petang tu ada 1 lagi appointment tapi saya cancelkan

dah tulis-tulis entry ni tiba-tiba terfikir "pasai apa saya buat entry ni?", cis! sebab kepala pening kot, tak jugak, memang nak menulis since ada masa terluang, sambil-sambil tu delete email dan berfacebook, dapat jugak review pasal the apartment+thanks kak lynda for the sponsor

oh ye, ni salah satu sebab saya tulis entry ni, nak mempromote bisnes hari raya saya, CHOC CHIP! nyummmehhh!


please Like Hafiz360 for more info *click on above picture

Thursday, July 21, 2011

facebook

sila klik ikon diatas

dalam beberapa tahun ni, seiring dengan tahap ke-relevanan facebook, ramai personaliti akan lahir, tidak kira dalam bidang apa, seni, perniagaan, politik, sukan dll, facebook mempunyai tool yang magik dan unik menghubungkan sesuatu dengan sesuatu/seseorang dengan seseorang dengan maha-cepat, untuk yang berniaga ini merupakan peluang keemasan untuk anda, mahu tak mahu/malu tak malu sahaja

*tidak hairan jika satu hari ketika mendaftar kelahiran atau memohon apa-apa applikasi, ada kolum bertanyakan "nama facebook"

Wednesday, July 20, 2011

URIC ASID


semalam selepas je job shoot kuih dari pukul 12.45 sampai pukul 5 kaki terus flat, bukan badan tapi kaki, sebenarnya dah start sakit dari hari ahad, cuma semalam terlebih pakai, pagi tadi saya ambil keputusan pergi DEMC, buat fully check up, so after maghrib semalam terus "puasa makan" then tido

ini bukan kali pertama buat check up kaki since sakit ni datang bermusim, tak sure apa sebab dia, either tersalah makan atau luka dalaman, after check up doktor kata takde kene mengena dengan gout dan tulang ok je, cuma next appointment nak check for ligamen, memang saya ada perasan kaki ni tak boleh terhentak atau terlompat berlebihan, nanti sakit tu datang, tengok la camne in next appointment, hope everything ok, yang penting bukan gout dan kolestrol/gula/buah pinggang in a good condition cuma URIC ASID je bacaan melebihi bacaan normal tapi belum masuk kategori gout lagi

URIC ASID meningkat akibat pengambilan protein yang berlebihan, actually memang masuk akal, sebabnya saya dah lebih setahun setengah tak ambil nasi, tapi saya tak jaga pemakanan dengan betul, saya hanya makan lauk dan makanan selain nasi, nasi kan antara sumber utama karbohidrat, itu yang URIC ASID berlebihan, since dah tau after this kene lah berjaga-jaga, kena banyakkan sayur dan buah-buah. seafood, ayam, daging kena kurangkan, nasi? selagi boleh elak, saya elak, tapi tak kurus pun

Tuesday, July 19, 2011

dulu saya pernah nak jadi artis



halwa telinga dan mata, just nak share something, dulu waktu study dekat PSIS, setiap kali english week akan diadakan "poly idol", saya join dari sem 5 sampai sem 7*repeat sem, setiap kali join kawan-kawan akan back up main gitar, cuma masa sem 6 masuk as a group, ala-ala vocal group, dan setiap kali join budak-budak kelas turun ramai-ramai bagi support, siap buat banner bagai, lagi-lagi si fad dgn mieja, siap tampal flyers satu poli canang yang saya menang, macam pilihanraya, layankan je, masa sem 6 je menang tempat kedua, sem 5 dgn sem 7 juara, thanks to daeng, jiwa and friends for guitar, intan and nami for back-up vocal, mashi, syiro, emon, my vocal group masa sem 6, actually markah kitaorang seri dengan juara, tp dia menang sebab dia solo, saya punya performace ala-ala style lagu ni la*adelah sikit

*apa jadi pada kumpulan kacang ek? lol

Monday, July 18, 2011

Perfect Two - Auburn



Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)

*saja membanyakkan entry, tapi lagu ni mmg best pun :)

Sunday, July 17, 2011

so?


semalam satu hari saya flat akibat job jumaat dan sabtu, client sungguh seronok dilayan, pengantin perempuan pantang nampak kamera, saya pula tengah asah skil ber-freelensing

sejak sabtu hari tu saya jadi morning person, pagi-pagi lagi dah bangun, hari ni asalnya kene teman ayuni*adik pergi KL dengan "kawan" dia, nak cari baju melayu katanya, tapi saya ada masalah la pasal jalan kat KL, karang sesat tak tentu pasal, dah la kawan dia tu mai dari Singapore, memburukkan lagi keadaan kaki pula sakit, sakit "bermusim"

so pagi ni saya decide teman ayuni dan "kawan" dia pergi breakfast then balik rumah, what i had for breakfast? laksam 1+ayuni punya tak habis, teh o ais+milo ais ayuni yang tak habis, so now u know why ayuni je yang kurus antara kami bertiga*me and my two sister yang join so called "diet program" last year

pastu balik rumah terjelepuk atas tilam, bukak laptop, facebook sikit, edit gambar sikit, then tido je lebih, so?

*yoga mat/workout mat ni dah nak dekat 3 bulan beli tapi tak guna-guna