raya tahun lepas saya ada 1 wish iaitu nak bagi anak2 buah dan sepupu angpau, last year I was 24 dan sepatutnya at age 24 saya dah ada pekerjaan tetap dengan income tetap, fyi masa tu saya bekerja sebagai financial advisor di CIMB wangsa maju, nama je financial advisor tp financial sendiri huru-hara, sudahnya saya x berjaya realisasikan wish saya tu
raya tahun ni *2011
raya tahun ni dah x lama dah, bukan nk ketepikan Ramadhan, tp nak menyedarkan diri utk kerja kuat dari sekarang, Insha-Allah, selain nak bagi angpau ada few wishes lg, semoga dapat jadi kenyataan, dan tempoh 4 bulan setengah bukan mustahil, even memiliki sebuah kereta baru, perhaps
hafiz360 formerly known as hafidzkamaruddin, hafiz360 akan dijadikan blogutama untuk saya meng-update sebarang entry berkaitan dengan biznes yang sedang saya jalankan, saya akan ceritakan dengan lebih lanjut di entry seterusnya
"Most people quit when they fail. Those who get up have strengthened their spirit" - Robert Kiyosaki
aku try call miss stephanie, orang fisherman's friend yang selalu call aku, x angkat pulak dia
pagi tu mmg ada 2 kali panggilan dari nombor yang aku x kenal, kali kedua aku matikan panggilan tu, "orang fitness first ni kacau lah, pagi-pagi dah call, isnin lak tu", rungut aku dalam hati, semua ni angkara piejan lah ni, haha
aku terus menuju ke bilik air, pagi tu aku mandi-mandi ayam je, gosok gigi pastu siram sikit-sikit, dengan niat lepas ni aku nak exercise sikit, lepas tu baru mandi betul-betul
tepat jam 9.45 pagi aku mendapat panggilan
"Abdul Hafidz kan, ini Stephanie dr fisherman's friend, awak tahu x awak kene datang pukul 10.30 untuk penyampaian hadiah?", damn!
"awak kene datang ke office kami di subang ss13", damn!
"siapa yang ada nanti", tanya aku
"Afdlin Shauki, metro dan berita harian", damn! ada peluang masuk paper ni
"ada dress code x?", tanya aku dengan tenang, acah-acah cool
dengan sinis miss stephanie menjawab "tiada", haha
aku blur kejap, semuanya terasa terawang-awang, haha, semua x kena, nak pegi xnak, beberapa minit kemudian miss stephanie me"message" alamat ofisnya
"kat mana ss13 ni", rungut aku gelabah, mengikut kata miss stephanie, dekat industrial park, bandar sunway
otak aku kebas seketika, aku teringat salha, PR candidsyndrome yang aku sangkakan duduk di subang, ternyata dia x tau mana ss13, btw thx family! *family adalah panggilan aku kepada salha*
aku masih dalam mood gelabah, gelabah aku xlah teruk mana, nak sedapkan cerita je, heehe
sape nak amik gamba aku ngan afdlin shauki nanti? damn!, hamzah!, yes! hamzah, bakal pilot seberat suku tan yang mmg confirm akan terima pelawaan aku
"lagi 15 minit aku sampai", hamzah bersetuju walaupun pada mulanya dia meng"anoying" aku dgn soalan2 yang x masuk akal berkaitan dengan tugas baru dia sebagai photographer aku, haha
aku menuju ke bilik air, aku cuci muka dan basuh rambut sambil sedaya upaya tidak membasahkan badan aku
baju kemeja berjenama antarabangsa, cek
beg diisi kamera, perfume, deodoran, wayfarer, t-shirt sehelai, cek
anything else?
dengan ber"hoodie" sahaja, aku bertolak ke rumah hamzah, baju kemeja aku gantung, dah sampai sana baru aku salin
oh lupa, aku bakal memecut dengan kereta atoz kesayangan
hamzah muncul sedikit lewat, ada kerja katanya, jam menunjukkan 10.05 minit pagi, sempat aku call miss stephanie bertanyakan arah dengan harapan boleh sampai cepat, aku terus pecut ke federal highway, kad "touch n go" hamzah digunakan secara maximum, mujur federal highway dah x jem, dalam 10.35 kami sampai di depan sunway pyramid,
ss13! hyeahhhh, nak dekat dah
"aku nak suruh afdlin nyanyi lagu miasara la", aku
tiada respons dari hamzah, dari tadi dia sibuk membelek2 kamera aku, sempat aku ajar dia camne turun naik shutter n control flash, cepat tangkap budak ni
tiba-tiba miss stephanie call tanya dah kat mana, "dah nak dekat", jawab aku, dia kata dia akan tunggu sampai aku datang
"lepas shophouses turn left, lepas sekolah sri sedaya turn right", hamzah
"x jumpa pun, macam salah je", aku
aku membuat u-turn keluar sambil mencari sekolah sri sedaya
"betul ke ko tulis direction ni hamzah", aku
"betul, baik kita call miss stephanie", hamzah
"xpe, kita cari dulu", aku
"baik call", hamzah
"ok", aku akur
miss stephanie mem"passing" telefon kepada pembantunya, direction yang diberi masih sama, cuma kali ini dengan sedikit dialek tamil, namun masih tidak kelihatan sekolah sri sedaya, damn!, kami keluar kembali ke jalan besar, pusing balik, masuk ke ss13, melalui shophouses, masuk kiri, ternyata tidak ketemu jua sekolah sri sedaya yang dikatakan, aku seakan berputus asa, hamzah dah buat muka kelat, selepas soalan demi soalan yang diajukan aku x jawab, dah pukul 11 lebih