apa ya nak cerita dahulu?
oh ya minggu ni bekerja dari hari jumaat, dimulakan dengan kak jiha+abg megat, dekat banting, saya
shoot nikah diaorang sebagai hadiah,
fyi kak jiha adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya masuk dalam CIMB Wealth dulu, makanan sangat-la superb
sabtu pula belah pagi
shoot untuk "wedding by sher" dekat bora ombak, macam
last week,
shoot deco sahaja,
as usual, sher
did a great job, minggu ni ada
candy buffet yang sangat-la
tempting!, sempat rasa 2, 3 macaron,
one more thing setting photo booth pun best, ada
buble-bublebelah petang terus bergegas ke sementa,
shoot member lama, Atiqa Farhana,
shoot untuk nikah
then berinai belah malamnya, nama je orang Klang, tapi jalan fail, nasib baik dia pun baru nak
start make-up, again makanan
superb, oh ya
both wedding saya minggu ni tak pakai katering,
both "merewang", makanan terangkat beb!
seriously saya
enjoy shoot wedding dia, sempoi je, menyenangkan kerja, jangan tak cukup gambar sudah, ahad pula
reception, Atiqa ni tadika, sekolah rendah sama dengan saya,
then saya jumpa dia balik masa sekolah teknik, ramai la member-member lama dekat reception dia tadi, seronok dapat jumpa balik, cuma tak dapat borak sangat, den kene korje yop!
minggu ni ada cabaran sikit, cabaran "panggilan alam" nama dia, pagi sebelum shoot saya sakit perut,
on the way ke rumah pengantin singgah pam minyak, buang apa yang patut, lega. tengah-tengah majlis perut wat hal lagi,
2nd batch, nasib baik waktu tu dah lepas berarak dan bersanding, MasyAllah, semoga lepas-lepas ni minta dijauhkan,
maybe minggu ni saya begitu taksub dengan makanan "merewang", sampai terlebih makan, tapi tak tau nak cakap apa puncanya, malam sebelum tu saya ada makan kat rumah gak, apa pun lepas ni kena
careful sikit, makan kene jaga
lepas habis job, teringin nak makan maggi goreng dengan rojak,
so saya pun lepak arafah dekat ktm klang, seperti dijangka, boleh pula terserempak dengan ucu*adik ibu, duduk semeja dengan ucu borak pasal
photography, macam tt*
teh tarik session photography pula, ucu remind pasal wedding el*sepupu saya, dia suruh saya shoot, sambil-sambil tu borak pasal
preparation wedding el, kompang, kad,
door gift etc. ucu tanya, selalu album siap berapa lama, saya jawab
6 week tu
standart la, tapi sekarang 2 bulan pun ok lagi, "lama", respond ucu, kalau nak diikutkan memang lama, tp sekarang bukan macam album dulu-dulu, album
sticky, sekarang nak kene
bubuh dalam layout kalau
custom album, tu yang ambil masa, tapi ada betulnya jugak bile difikir-fikirkan, 2 bulan tu memang agak "basi", memandangkan orang kita kalau boleh nak bawa album tu bila menziarahi
family terdekat. tapi, bagi saya kalau album dapat disiapkan lebih awal lebih bagus, banyak
advantage-nya, tapi depand jugak album apa yang kita bagi pada
client, kalau album
custom kena ambil masa lama sikit. saya ingat nak cabar diri siapkan album
within 2 weeks la :)