Followers



Monday, May 2, 2011

1st entry on May


Salam May semua!
cepat tak cepat waktu bergulir, bak lirik lagu rossa tu, pagi ni mood nak menulis tu "datang, tak datang", oh ye, minggu yang baru lepas ni ade 3 job, walaupun semua job as 2nd photographer tapi tetap hectic

Alhamdulillah dapat client yang best, siapa-siapa yang ingin melangsungkan perkahwinan tu boleh contact saya, lagi cepat lagi bagus, mana tau tahun depan "harga minyak naik" lagi kan

salah seorang client last week adalah anak kepada Datuk Maznah Hamid, Iron Lady of Malaysia, nak dijadikan cerita, few weeks before event anak beliau, saya ditugaskan mengambil gambar seminar beliau bersama-sama Dr Niki Syuhada, iaitu seminar Jihad Ekonomi dan Keusahawanan, very last minute punya decision untuk ambil job ni, pihak Dr Niki yang hire saya

few weeks before seminar tu pula anak Datuk Maznah terlebih dahulu menghubungi saya untuk hire saya dan Azizi Lee as her engagement day punya official photographer, what a coincident

untuk pengetahuan beberapa bulan lepas juga, saya dengan rajinnya blogging pasal Datuk Maznah di sebuah blog berasingan, saya menyalin kembali sebuah artikel daripada majalah yang menceritakan latar belakang dan perjalanan beliau dalam bidang perniagaan, tak sangka beberapa bulan selepas itu saya berpeluang bertegur sapa dan bermesra dengan ikon sanjungan ramai ni

kesempatan mengambil gambar sewaktu seminar memang rare, 2 in 1, sambil ambil gambar, sambil pasang telinga, memang seronok dengar Datuk Maznah ni bercerita, dari cara beliau kita boleh tahu dia memang nak tolong memajukan bangsa dia, banyak prinsip-prinsip beliau dalam perniagaan yang saya kagumi, banyak ilmu dan informasi saya dapat dari seminar beliau

semasa engagement day anak beliau tempoh hari saya sempat berborak dengan Datuk
"jodoh saya dengan Datuk kuat, hari tu ambil gambar Datuk, hari ni ambil gambar anak Datuk", kata saya

Datuk memang seorang yang utamakan tetamu, beliau sendiri menghulur makanan kepada saya, sebelum balik, beliau memberikan buku motivasi beliau dan beberapa majalah secara percuma kepada saya dan Azizi Lee

saya terpanggil menulis entry berkaitan Datuk Maznah ni bukan apa, cuma rasa bertuah, orang lain berebut-rebut nak mendampingi beliau, curi ilmu beliau, bahkan masa seminar beliau ada berkongsi tentang bagaimana nak mendekati Datuk Maznah, bak kata beliau "nak berjaya, kene mingle dengan orang yang nak berjaya/sudah berjaya", Alhamdulillah photography mendekatkan saya dengan beliau

InsyAllah, saya dan beberapa rakan ada plan untuk mengembangkan biznes masing-masing, dan kami memerlukan tunjuk ajar dan panduan orang yang berpengalaman, mana tahu kalau Datuk Maznah boleh tolong, we will be more than happy
tips perniagaan dari Datuk Maznah, dalam perniagaan

60% pemasaran
30% produk
10% management
click here for other entry about Datuk Maznah Hamid

No comments: