Followers



Tuesday, May 31, 2011

11 Foods for Faster, Easier Weight Loss

1. Yogurt
2. Eggs
3. Pistachios
4. Grapefruit
5. Avocado
6. Mushrooms
7. Olive Oil
8. Whole Grains
9. Red Pepper
10. Fava Beans
11. Rice with Veggies

click here for more

Monday, May 30, 2011

how to spell it? fixie?

beli fixie lama along*my brother, good bargain, dia baru pakai less then 4 months, dapat separuh harga, brand create, just for fun, mari-la beriadah

Sunday, May 29, 2011

dah tak panas *cerita 2 minggu lepas

apa ya nak cerita dahulu?

oh ya minggu ni bekerja dari hari jumaat, dimulakan dengan kak jiha+abg megat, dekat banting, saya shoot nikah diaorang sebagai hadiah, fyi kak jiha adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya masuk dalam CIMB Wealth dulu, makanan sangat-la superb

sabtu pula belah pagi shoot untuk "wedding by sher" dekat bora ombak, macam last week, shoot deco sahaja, as usual, sher did a great job, minggu ni ada candy buffet yang sangat-la tempting!, sempat rasa 2, 3 macaron, one more thing setting photo booth pun best, ada buble-buble

belah petang terus bergegas ke sementa, shoot member lama, Atiqa Farhana, shoot untuk nikah then berinai belah malamnya, nama je orang Klang, tapi jalan fail, nasib baik dia pun baru nak start make-up, again makanan superb, oh ya both wedding saya minggu ni tak pakai katering, both "merewang", makanan terangkat beb! seriously saya enjoy shoot wedding dia, sempoi je, menyenangkan kerja, jangan tak cukup gambar sudah, ahad pula reception, Atiqa ni tadika, sekolah rendah sama dengan saya, then saya jumpa dia balik masa sekolah teknik, ramai la member-member lama dekat reception dia tadi, seronok dapat jumpa balik, cuma tak dapat borak sangat, den kene korje yop!

minggu ni ada cabaran sikit, cabaran "panggilan alam" nama dia, pagi sebelum shoot saya sakit perut, on the way ke rumah pengantin singgah pam minyak, buang apa yang patut, lega. tengah-tengah majlis perut wat hal lagi, 2nd batch, nasib baik waktu tu dah lepas berarak dan bersanding, MasyAllah, semoga lepas-lepas ni minta dijauhkan, maybe minggu ni saya begitu taksub dengan makanan "merewang", sampai terlebih makan, tapi tak tau nak cakap apa puncanya, malam sebelum tu saya ada makan kat rumah gak, apa pun lepas ni kena careful sikit, makan kene jaga

lepas habis job, teringin nak makan maggi goreng dengan rojak, so saya pun lepak arafah dekat ktm klang, seperti dijangka, boleh pula terserempak dengan ucu*adik ibu, duduk semeja dengan ucu borak pasal photography, macam tt*teh tarik session photography pula, ucu remind pasal wedding el*sepupu saya, dia suruh saya shoot, sambil-sambil tu borak pasal preparation wedding el, kompang, kad, door gift etc. ucu tanya, selalu album siap berapa lama, saya jawab 6 week tu standart la, tapi sekarang 2 bulan pun ok lagi, "lama", respond ucu, kalau nak diikutkan memang lama, tp sekarang bukan macam album dulu-dulu, album sticky, sekarang nak kene bubuh dalam layout kalau custom album, tu yang ambil masa, tapi ada betulnya jugak bile difikir-fikirkan, 2 bulan tu memang agak "basi", memandangkan orang kita kalau boleh nak bawa album tu bila menziarahi family terdekat. tapi, bagi saya kalau album dapat disiapkan lebih awal lebih bagus, banyak advantage-nya, tapi depand jugak album apa yang kita bagi pada client, kalau album custom kena ambil masa lama sikit. saya ingat nak cabar diri siapkan album within 2 weeks la :)

Friday, May 27, 2011

wishlist 4 : backpack

saya tengah consider nak beli backpack, macam best je kalau ada sebiji beg yang smart, sape tau mana ada jual beg ala-ala macam gambar2 bawah ni, super-smart dan super-cool kan? lagi pun boleh praktis, ramai orang lepas kahwin mesti ada backpack simpan susu dan pampers anak :)

click here

click here

click here

click here

click here

click here

click here

Thursday, May 26, 2011

pilihan raya Susu Dutch Lady!

Vote untuk kembar! Zaquan Adha dan Aidil Zafuan untuk
Dutch Lady Karamel Tofee!

click here to vote!

The rich and successful people invest and pay for knowledge and experience because they know how invaluable to save time and cut short their learning curve to achieve the desire results. The poor and struggle focus on the fee and expect it to be FREE. Stay close with positive and committed people who believe in value, invest in knowledge and taking massive action - Ken Chee

Wednesday, May 25, 2011

tak lama lagi

semalam pergi ride, pastu sambung badminton, tadi badminton lagi, tak lama lagi saya six pack! bhahaha, jangan hangat-hangat taik ayam sudah

Monday, May 23, 2011

hppy anniversary


sekadar gambar hiasan, it's by Filmshotartifact, cool kan?

hppy anniversary ayah+ibu yang ke 31!

bukan entry meatball

"biasalah tu, kalau tengok dekat singapura, kalau tak silap, kenny rogers/donut JCO tak halal, tapi bile sampai malaysia semua tu jadi halal", statement macam ni lah yang buat kita, rakyat malaysia terus menikmati meatball tu, saya pasti untuk meng-convert sesuatu makanan non halal menjadi halal pasti banyak prosedur dia"

"mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim"

Saturday, May 21, 2011

last week


saya hampir lupa apa saya buat last week, setelah memerah otak baru boleh ingat, last week saya jobless, kesempatan itu digunakan meng-support member, band member saya, nurjiwa, nama band dia "friday king road" atau nama melayu-nya "lorong raja jumaat, actually band ni baru lagi, before this member saya ada band lain, tp ade few ahli lama dalam band ni, saya suka dengan line up baru ni, maybe sebab ada bunyi keyboard kot + pemilihan lagu mereka lebih ber-jiwa, hari tu diaorang perform dekat senyap cafe, xtreme park, shah alam, rupanya owner senyap cafe ni adalah owner lepak cafe, tapi lepak cafe dah tutup rasanya, performance malam tu best, crowd pun happening

ahad-nya pula, belah malam ada "reunion kew", PKA1 SMT Klang 2002/2003, biasalah tak ramai yang hadir, pasal tu saya tak plan beria pun, muka yang sama juga, cuma kali ni ada izaura, tapi tetap meriah, tepi swimming pool lagi, makanan terbaik, prepared by riziana, click sini untuk video malam tu, ada buat wawancara sikit, semuanya impromtu je


best kan music video ni?

Thursday, May 19, 2011

wishlist 3 : OPS!

OPS! Thin Flat Watch, sape tahu ada jual kat mana? dan berapa ringgit?

Wednesday, May 18, 2011

PKA1 SMT Klang 2002/2003 "Gathering"

youtube tak keluar sound, so saya upload guna vimeo, khas untuk kawan-kawan yang tiada facebook, especially iwan, "gathering" la sangat, bhahaha

she's got the point

recently keluarga kami dilanda masalah maid/bibik, bibik kami yang berbakti selama 7 tahun mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak, anaknya di Indonesia ditimpa kemalangan, dan paling baru dia kena jaga cucu yang bakal lahir, memang suatu kehilangan buat kami, orangnya rajin, kecil je orangnya tapi urat dawai, bukan senang nak cari pengganti dan bukan senang nak cari yang boleh buat kerja, hari tu ada bibik baru masuk, selang 3 hari dah dihantar pulang, baik orangnya tapi 1st time kerja, "tak bisa mop", kata dia

buat sementara waktu, ibu turn into normal housewife again, mengemop, mengemas, buat laundry, siram pokok bunga, ayah juga turut ringan tulang membantu, dan biasanya bila kami*anak-anak, berjalan dalam rumah tak pakai selipar akan dibebel, terutama saya dan adik saya, yang spesis kaki basah, kene bebel tu normal la kan, tapi ini contoh benda-benda tak normal, bila bangun pagi tiba-tiba disuruh mengemop, suruh buang sampah, bukan "tak bisa", cuma bila pagi-pagi, mata tak buka habis, mamai-mamai, "belum warm-up" orang cakap, tu yang berat je rasa nak buat

ada satu pagi tu, sebelum ibu keluar pergi ofis*kadang-kadang dia pergi kerja, dia pesan, "awak, lain kali sebelum keluar rumah pagi-pagi tu, mop rumah dulu", saya hanya mampu buat muka "erk" je

one more thing saya rasa sebab dah lama tak buat benda-benda tu, tu yang ralat dan malas, culture shock pun ade

satu petang saya berdiskusi dengan ibu, saya tak ingat the whole conversation tapi macam ni bunyinya

"alang*panggilan saya di rumah, ni bukan "rebung", dah "buluh" dah, tak reti nak mop dll", bahas saya mengutarakan alasan

maksudnya disitu, konon dah terlambat la nak suruh saya mengemop dll, kalau adik-adik saya boleh la, diaorang masih boleh di train

"eh, takde, awak tengok dekat universiti tu, orang-orang tua pun ada yang belajar lagi", balas ibu takmo mengalah

aku terdiam, she's got the point

*masa zaman muda-muda dulu saya ni kategori ringan tulang buat kerja-kerja rumah, "dewasa ini" bukan main malas

PERHATIAN PENDUDUK KLANG!

kampung kita nak tenggelam!
"Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan."
click here for more

*saya tak rasa benda ni mustahil

super quote

a true king considers the advice of counsel, but always listens to his heart - Prince of Persia: The Sands of Time

Monday, May 16, 2011

hafizatan.net updated!

Shameem+Faisal, E-day, Ampang
Click Here

What Not to Buy at Ikea?


1. Matress
2. Imitation Wood Products You'll Use Every Day
3. Dinnerware
4. Quality Cutlery
5. Things will Complicated Assembly Instruction

CLICK HERE!

*saya pernah perasan Ikea menjual pasu yang sama dangan kedai RM5 tapi pada harga 2 kali ganda, entry ini sekadar sharing, saya tetap peminat Ikea dan meatball!

Thursday, May 12, 2011

tip of the day by Kevin Zahri

"Kalau anda tidak mengawal jadual kerja anda dengan baik, lama2 ia akan mengawal dan take over your health and life" - Kevin Zahri

Wednesday, May 11, 2011

cool blog 1

kepada owner blog http://spiderpig-sophie.blogspot.com/, saya jatuh hati pada kebanyakan picture yang anda upload - sincerely Hafiz Atan

cool commercial 1


Lalo Schifrin creates the Mission Imposibble theme

Tuesday, May 10, 2011

osem wedding music video!


"We divided up the lyrics amongst our bridal party, family and friends so they were manageable, we hired a choreographer to teach us some simple moves that our bridal party could perform at our reception, and we informed all our guests beforehand about the plan to film on the day. We shot all day leading up to the wedding, immediately after the ceremony (in fact, we recreated our recessional so we could lip-synch to the song!), and all throughout the reception. We assigned all the spoken word “dirty bits” to those individuals who would be the unlikeliest of stars: JP Reynolds (our officiant), John Reynolds (our hot jazz guitarist and friend), Emre’s father Ziya, and finally my father Gordon (who filmed his part at a urinal!)."

for the story behind the wedding and video, click here

Monday, May 9, 2011

cupcakes

click here for the rest

hari minggu yang lepas

as usual this week ada job, but only on sunday, E-day dekat taman sentosa Klang, malam pula kene follow Anizam Yusof for Zed Zaidi's reception, plan awal dia nak saya cover dia tengah siapkan nelly, zed's wife, tapi bilik penuh dengan media dan official photographer, so saya melangut je dekat lobby hotel, malam tu sempat shoot sikit for my own portfolio, deko malam tu memang cun, by flora etc, malam tu banyak artis dan orang kenamaan yang hadir, yang paling penting Datuk Maznah pun hadir as a VVIP, tak sure pula ape kaitan Datuk dengan Zed Zaidi

Datuk menyapa dan kenalkan saya pada Datin Annahita yang duduk di sebelahnya, selepas menyuruh saya mengambil gambar beliau dengan tetamu yang duduk semeja dengan beliau, beliau menanyakan no telefon saya

"u bagi no telefon, nanti saya contact", Datuk Maznah
"er, er", saya
"012-2177381", dengan tidak semena-mena saya bagi Datuk no lama
"ni no lama, saya tak pakai dah, no baru saya...", tambah saya
"er, errr", tiba-tiba saya terpinga-pinga
"Datuk, saya gugup", bisik saya di telinganya

malam tu boleh pula saya gugup bile berbual dengan Datuk, nasib baik akhirnye berjaya juga bagi nombor, itu pun saya tak sure, weather 012 or 019, bhahaha

click here for some of the photos

Entries that related to Datuk Maznah Hamid
"Jual Diri" Sebelum Produk atau Servis
1st entry on May

Nidji feat Afgan - Sudah


someone on facebook remind me about this, dulu saya minat afgan, ada cd dia dalam kereta, after tukar kereta, cd tu hilang, beserta cd yang lain

Friday, May 6, 2011

hari ibu

saya hanya berharap satu hari bila bangun pagi, saya akan menolong ibu mengemop lantai, menyidai baju, membuat kopi, mengemas rumah, memasak, melipat baju, menyiram pokok bunga waktu petang dll

sincerely hamba mu yang lemah dan lalai, Amin

Thursday, May 5, 2011

tahi

semalam saya rasa saya nampak tahi bintang, dengan pantas saya membuat wish

tapi kalau nak something kene minta pada Allah, sungguh hebat minda kita di-program-kan oleh pengaruh televisyen

tapi kalau sekadar membuat wish tak salah, niat yang penting

Wednesday, May 4, 2011

Tuesday, May 3, 2011

WORLD EXCLUSIVE: BEHIND-THE-SCENES AT ROYAL WEDDING PARTY

Tiers for the couple: Wills and Kate cut the Royal Wedding cake.

Royal reception: Elton joins Camilla and the Queen at the finger buffet.

click here for more

Monday, May 2, 2011

1st entry on May


Salam May semua!
cepat tak cepat waktu bergulir, bak lirik lagu rossa tu, pagi ni mood nak menulis tu "datang, tak datang", oh ye, minggu yang baru lepas ni ade 3 job, walaupun semua job as 2nd photographer tapi tetap hectic

Alhamdulillah dapat client yang best, siapa-siapa yang ingin melangsungkan perkahwinan tu boleh contact saya, lagi cepat lagi bagus, mana tau tahun depan "harga minyak naik" lagi kan

salah seorang client last week adalah anak kepada Datuk Maznah Hamid, Iron Lady of Malaysia, nak dijadikan cerita, few weeks before event anak beliau, saya ditugaskan mengambil gambar seminar beliau bersama-sama Dr Niki Syuhada, iaitu seminar Jihad Ekonomi dan Keusahawanan, very last minute punya decision untuk ambil job ni, pihak Dr Niki yang hire saya

few weeks before seminar tu pula anak Datuk Maznah terlebih dahulu menghubungi saya untuk hire saya dan Azizi Lee as her engagement day punya official photographer, what a coincident

untuk pengetahuan beberapa bulan lepas juga, saya dengan rajinnya blogging pasal Datuk Maznah di sebuah blog berasingan, saya menyalin kembali sebuah artikel daripada majalah yang menceritakan latar belakang dan perjalanan beliau dalam bidang perniagaan, tak sangka beberapa bulan selepas itu saya berpeluang bertegur sapa dan bermesra dengan ikon sanjungan ramai ni

kesempatan mengambil gambar sewaktu seminar memang rare, 2 in 1, sambil ambil gambar, sambil pasang telinga, memang seronok dengar Datuk Maznah ni bercerita, dari cara beliau kita boleh tahu dia memang nak tolong memajukan bangsa dia, banyak prinsip-prinsip beliau dalam perniagaan yang saya kagumi, banyak ilmu dan informasi saya dapat dari seminar beliau

semasa engagement day anak beliau tempoh hari saya sempat berborak dengan Datuk
"jodoh saya dengan Datuk kuat, hari tu ambil gambar Datuk, hari ni ambil gambar anak Datuk", kata saya

Datuk memang seorang yang utamakan tetamu, beliau sendiri menghulur makanan kepada saya, sebelum balik, beliau memberikan buku motivasi beliau dan beberapa majalah secara percuma kepada saya dan Azizi Lee

saya terpanggil menulis entry berkaitan Datuk Maznah ni bukan apa, cuma rasa bertuah, orang lain berebut-rebut nak mendampingi beliau, curi ilmu beliau, bahkan masa seminar beliau ada berkongsi tentang bagaimana nak mendekati Datuk Maznah, bak kata beliau "nak berjaya, kene mingle dengan orang yang nak berjaya/sudah berjaya", Alhamdulillah photography mendekatkan saya dengan beliau

InsyAllah, saya dan beberapa rakan ada plan untuk mengembangkan biznes masing-masing, dan kami memerlukan tunjuk ajar dan panduan orang yang berpengalaman, mana tahu kalau Datuk Maznah boleh tolong, we will be more than happy
tips perniagaan dari Datuk Maznah, dalam perniagaan

60% pemasaran
30% produk
10% management
click here for other entry about Datuk Maznah Hamid