Followers



Monday, April 11, 2011

perniagaan "dropshipper"

Apa tu dropshipper? actually saya dah dengar pasal dropshipper 3, 4 tahun lepas tapi tak ambil tahu sangat, entry kali ni bukan nak memperkenalkan produk atau sebagainya, sekadar sharing

perniagaan dropshipper tidak memerlukan modal, dropshipper menyediakan platform untuk kita berniaga, bagaimana?, penjual melakukan aktiviti menjual dengan mempromosikan produk yang telah dibekalkan oleh dropshipper secara online atau sebaliknya, sebagai contoh, dropshipper akan membekalkan penjual dengan katalog yang mengandungi produk-produk jualan, tugas penjual mempromosikan barang tersebut dan mengambil order, penjual hanya perlu membayar harga kos kepada dropshipper beserta kos penghantaran/shipping *dikenakan kepada pembeli, setelah itu produk tadi akan dihantar terus kepada pembeli oleh pihak dropshipper, menarik kan?

banyak idea-idea lain dapat dikembangkan dari sini, dalam bidang photography, mmg ada wujud sistem ni, ada pihak ketiga yang bertangungjawab mencetak album, tugas photographer hanya mengambil gambar kemudian mengedit sendiri atau di sub pada editor, klien kadangkala diberi pilihan untuk memilih material dan design album, kemudian photographer akan menghantar album tersebut untuk dicetak, dalam masa seminggu album tersebut akan sampai ke pintu rumah client, dalam hal ini syarikat printing menjalankan perniagaan dropshipper, cuma buat masa sekarang kebanyakan photographer lebih selesa menghantar sendiri album kepada klien

apa lagi yang dapat difikirkan dari idea perniagaan dropshipper ni?

No comments: