Followers



Sunday, April 10, 2011

'Jual Diri' Sebelum Produk Atau Servis - Dato Dr. Maznah Hamid, the iron lady


*baru balik dari "Seminar Jihad Ekonomi dan Kewangan" by Dr Niki Shuhada Shukor dan Datuk Dr. Maznah Hamid as their official photographer, it was awesome

this is an article about Datuk Dr. Maznah

Menyingkap perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk berada di tahap ini berbaloilah wanita tegar ini diberi jolokan 'The Iron Lady'. Datuk Dr.Maznah Hamid, bukan calang-calang wanita. Beliau bukan sekadar suri di hati suami tercinta, Datu Shaheen Mirza Habib,, ibu kepada 5 putera-puterinya, malah Pengerusi Eksekutif yang menerajui 50 cawangan securiforce, mengepalai 5000 kakitangan, dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Asalnya beliau hanya insan biasa. Gadis desa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama. Semua benda "tidak boleh" sehinggakan bersekolah di sekolah orang putih pun dilarang. Namun beliau tetap belajar di sekolah Inggeris pada waktu pagi dan petangnya di sekolah Agama.

"Pesan nenek, kalu tak pass MCE jadi ustazah, kalau lepas universiti jadi tokoh ustazah. Tapi yang bagusnya apabila didikan agama kita kuat tidak kira di mana kita berada walau jauh beribu batu dari keluarga kita tidak mudah tergelincir atau tersasar dari landasan," ujar Datuk Maznah dan memulakan kerjayanya sebagai guru bahasa dan penterjemah.

"Saya bukanlah pelajar yang pintar dengan straight A's, tapi 'cerdik' jugalah!. Namun kualiti kepimpinan saya mulai kelihatan sejak zaman persekolahan apabila saya cukup aktif dalam kokurikulum. Menjadi kapten sukan, pengerusi pelbagai persatuan dan biro," tambah beliau lagi yang memang suka sesuatu yang 'lasak' dan mencabar.

Bercakap mengenai ilmu, pelajaran, pendidikan dan kemahiran, Datuk Maznah berkata, beliau tidah begitu menyakini kelulusan tertinggi yang diperolehi di universiti boleh dijadikan modal utama atau jaminan untuk menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia tetapi ia turut boleh membantu. Untuk berjaya di dalam hidup, kita memerlukan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai aspek. Dari dudut keusahawanan kita memerlukan 80 peratuss kepintaran EQ dan 20 peratus IQ (akademik). Kekebalan diri dan semangat yang membara mengatasi segalanya.

Atas dasar ini wanita gigih ini dijadikan duta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan', di mana beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semuapara graduan. Beliau juga memberi gambaran sebenarnya dunia keusahawanan dan juga latihan praktikal sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semangat keusahawanan harus ditanam di dalam diri semua insan yang ingin hidup 'senang'

Saya sering berangan dan berdoa ingin jadi orang senang kerana hidup susah, Dari bawah di kediaman setinggan-setinggan memandang ke atas bukit melihat rumah-rumah besar dan memasang impian untuk turut berada sebaris di situ. Berangan-angan menjadi kaya dari usaha gigih yang berterusan.

"Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya dengan meletakkan saya dikalangan mereka. Benarlah kata orang, kalau nak jadi alim berkawanlah dengan orang alim, kalau nak berjaya maka sentiasalah bersamalah orang berjaya. Bila berada di golongan tersebut kita mendapat motivasi, aura atau 'vibration' untuk menjadi seperti mereka. Merekalah 'MENTOR' saya.

"Saya terpaksa jual rumah untuk dijadikan modal permulaan berniaga dan kemudiannya berpindah ke rumah setiinggan tanpa elektrik dan air. Bila malam bawa anak-anak ke pejabat. Kesibukan bisnes 24 jam/7 hari, apabila bekerja malam maka berbagai-bagai idea muncul sehinggalah lahirnya banyak anak syarikat yang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi," cerita Datuk Maznah mengenag saat keperitan mula berniaga.

Melalui gambaran penceritaan jelas sekali 10 tahun peserta bukanlah saat 'mudah dan indah' untuk wanita kebal yang turut aktif sebagai kaunselor, motivator dan pendidik ini.

Kini setelah 30 tahun, syarikat yang umpama nadi penggerak perubahan kehidupan wanita gigih ini gah berdiri dengan beberapa anak syarikat lain seperti pemaju hartanah, Danau Lumayan, ynag membina kondominium beserta penthouse ekslusif.

Securiforce bukan terhad kepada static guard sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan armoured trucking dan banyak lagi. Ini bermakna syarikat ini menawarkan pakej keselamatan lengkap dan total, mempelopori konsep total security.

Hari ini Security Logistics telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan beberapa cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Lebih menarik lagi semua ini berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada institusi kewangan.

"Menceburi bidang yang kebiasaannya dipelopori kaum lelaki, ada baik dan buruknya. Cabaran dipandang sebelah mata seolah-olah kita tidak mampu melakukan terutama bila wanita, masih muda, kekurangan modal. Belum lagi dikira tentangan keluarga, pandangan masyarakat. Namun cabaran-cabaran ini mengujakan saya untuk buat yang terbaik lebih-lebih lagi apabila setiap restu dan sokongan daripada suami, keluarga dan anak-anak.

"Saya sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dari aspek bakat, kemahiran, pelan pemasaran, innovasi, dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan. Saya 'jual diri' melalui personaliti, integriti, dan kualiti syarikat yang saya jadikan modal utama merintis kejayaan saya hari ini. Dan akhirnya saya bukan sekadar dikenali sebagai wanita yang menceburi bidang lelaki tetapi juga menyaingi golongan terbabit," kata Datuk Maznah yang turut berterima kasih kepada media elektronik dan cetak yang mana banyak mempromosikan diri dan kejayaan beliau sebagai inspirasi, dan motivasi kepada seluruh masyarakat terutamanya wanita.

Bila ditanya mengenai semangat kentalnya, beliau menegaskan segala pengorbanan, kesusahan, cabaran dan persaingan hebat di peringkat permulaan perniagaan, telah banyak membentuk kekebalan diri dan kekentalan semangat 'iaganya' yang mana tidak boleh diperolehi dari mana-mana universiti pun. Sebab itu, hadapilah apa jua cabaran dan pesaingan dalam dunia perniagaan dengan tabah, bijaksana dan sikap minda yang membina, tegas Datuk Maznah Hamid.

Paling utama bagi beliau tidak kira pada tahap mana kita berada sentiasa berusaha menambah ilmu dalam bidang yang diceburi. Meskipun baru sahaja menamatkan ijazah kedoktorannya namun Datuk Maznah dilihat tidak berhenti di situ tetapi meneruskan pencarian beliau dalam bidang Life Strategies pula untuk bekalan dan modal di hari tua.

Hari ini dengan pencapaian dan pengalaman yang bukan sedikit ini selayaknya Datuk Maznah dijadikan ikon kepada usahawan-usahawan di luar sana terutamanya wanita. Malah atas dasar itu juga beliau dilantik beberapa badan tertentu untuk mewujudkan program bertujuan melatih secara praktikal individu yang berminat untuk menjadi usahawan dengan konsep mentor-mentee dan pelaburan bagi memastikan kejayaan dalam apa jua yang mereka usahakan.

"Berbekalkan konsep 3K, kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan yang menjadi amalan sehingga meletakkan saya pada kedudukan hari ni akan saya kongsikan dengan anda semua agar mampu berdikari dan tidak lagi mengharap belas ehsan orang lain terutama dalam mengejar kejayaan dan kestabilan kewangan," ujar Datuk Maznah penuh bermotivasi mengakhiri temu ramah.

ikhsan daripada majalah Jutawan Edisi Julai 2010, teks oleh Iera Yusoff

1 comment:

Syafiee said...

jgn sama kan konservatif dan agama.. agama(ISLAM) lah yang mendorong manusia kpda kemajuan dunia, akal fikiran, tamadun selain kesenangan hidup di akhirat.. harap betul kan artikel. terima kasih..