Followers

Monday, May 19, 2008

time machine:1st day@CS office

hpp ho!

mesin masa? apekah?

hehehee

alkisahnya camni, today 1st day aku g office CS for critic session, moqh inform kt aku hari ahad pasal menda ni, dia suruh prepare beberapa keping gamba, so cuti wesak semalam baru aku select a few photos, ade yg dah edit, ade yang x, dan ade certain theme yang diberi aku x faham, itu pun lepas aku dah puas tido, at about 11 p.m baru aku start wat selection tu, mmg saja wat tgh malam, so aku xyah tido terus je berjaga sampai pagi.

dah namanya apis, kalo da tido banyak pun still ngantuk, dalam 5.45 a.m, mata dah ngantuk, plan nk tido kejap, layan-layan mata sambil berangan, akhirnya berbekal azam yang teguh x jadi tido, kemas bilik jap then terus mandi, packing sikit, then bawak roti telur ngan air teh tuk breakfast dalam kereta, nyum-nyum, hahaha

start the engine!!! terus gerak, jalan mula-mula ok, pastu jam, aduhhh, lemah, mate sayup2 je, smart tag lak tinggal RM7 je, barisan smart tag pulak panjang, cam bayar manual lak, act tersilap amik smart tag, yang RM70 kat kereta lagi satu, hahahaha, bapak aku sorok kot, hehe, then sampai LDP, after many years bawak kereta baru aku tahu highway tu nama LDP, lain kali bawak kete alert sikit, heh, moqh cakap lepas tol sunway amik kiri, aku x jumpa pun tol sunway, yang aku jumpa tol petaling jaya, aku confuse jap.

nasib baik aku de mintak moqh business card, kat card tulis Jln Puchong, tapi malangnya aku yang rabun-rabun ayam ni terlepas signboard tu, so aku terus je nak cr u-turn, punyalah jauh nak u-turn, cari Jln Puchong balik, x jumpa-jumpa haram, lain jalan adalah, adelah sesat-sesat sengal dalam 45 minit camtu, aku tgk jam dah lebih 8.30a.m, not good-not good, 1st time dah lambat, adehhh, pusing-pusing cam tenggiling akhirnya, aku tekad dan yakin kan diri walaupun x jumpa tol sunway aku ikut je Jln Puchong tu, terus je, moqh kata lepas 6 traffic light jumpa shell belah kiri, hmm, x jumpa pun.

then aku macam ternampak kedai produa, as stated in moqh massage, 'CS atas produa', tp x nmpk pun signboard CS ke ape, then aku nampak traffic light, lampu merah, aku usya kiri kanan, nampak shell, uyeahhhhhhhhh, macam dah betul nih, aku main u-turn je kat traffic light tu, sebab gila dah lambat, cuak beb, pastu aku nampak signboard Plaza Ampang, uyeahhhh lagi, aku pun parking, sarungkan kasut baru aku tu, mase tgh pakai kasut aku nampak kelibat moqh, yes!, dia pun baru sampai, selamat-selamat, aku pun keluar kete terus cr moqh, rupanya dia g 7-ELEVEN, aku x masuk pun dari luar aku dgr moqh kumat kamit mulut dia.

aku x sure ape dia cakap, yang aku ingat dia cakap

'awal nya ko', kata moqh

'pukul 8.30 kan ko cakap, aku balas

dan kata-kata paling mengharukan aku dengar tuk hari ni

8.30 malam la! bukan 8.30 pagi!

adeh, gugur jantung nih, hahahahh

aku ingat nak balik terus, tp moqh ajak lepak office, lepak jap, tgk office CS yg ala-ala galeri dan studio dan workspace sekali, heheee, jumpa aini, jay, sapex idola aku tuh ngan pak tam, sambil2 tu tengok album-album kat situ, fuhhhh, cun gila, album ning potraiture kat sawah padi pun ada, reception dia je xde, lepak sampai lebam, kejap je, pastu aku decide nak balik lah, cam xde mende nak wat je, mengaco je karang, hahahaha.

bos-bos apesal la x cakap 8.30 malam, tu yang aku tetiba rasa macam time machine, aku mati-matian dan risau-risauan terlambat untuk session yang aku igt pukul 8.30 a.m, rupanya 8.30 p.m, hahahahhahahaha, rasa macam aku telah pergi ke masa hadapan, logik x? hahaha, perasaan je kot.

ke, aku mimpi? meh aku cubit lengan ni jap, ermmm, hahahhaha, mamai.


No comments: