Followers



Wednesday, April 20, 2011

CUN

hangpa ingat hangpa ada duit, hangpa bole buat apa hangpa suka?"


petang tadi sementara tunggu 2 jam untuk kereta diservis saya ambil keputusan untuk tengok wayang, nasib-la baik pusat servis tu dekat dengan Jusco Bukit Raja, dalam kepala ingatkan nak tengok latest filem the rock*lupa tajuknya, tapi cerita yang ada hanya CUN, at 1st takde lah excited, dah itu je cerita yang ada, lagi pun Remy Ishak+Maya Karin, not bad la kot

to be honest 1st 15 minutes memang ada perasaan nak keluar dari wayang, maybe sebab belum faham lagi karektor yang dibawa oleh Ning Baizura, terasa over, tapi itu at 1st la, one more thing at beginning cerita ni nampak macam filem melayu typical yang lain

cerita terus di develope bila luna*maya karin ambil keputusan untuk lari ke kampung mata ayer, dekat sini watak manis, atan, kembang diperkenalkan, and all of sudden cerita ni terus jadi menarik, oh ye Faezah Elai sebagai Tom, menyerlah sepanjang filem, dan manis*tak tahu nama pelakon tu perlu dipuji kerana sangat berjaya membawa watak gadis istimewa

lakonan bersahaja Remy Ishak memang best, tak nampak macam berlakon, terbaik la mamat ni, dan watak yang dibawakan sangat konsisten*credit pada pengarah, sesuatu yang susah nak jumpa dalam filem melayu, 90% filem ni dalam loghat kedah, maybe Remy berasal dari kedah kot, sebab cara dia cakap loghat kedah sangat perfect, Maya Karin pula tidak menghampakan, lakonan yang juga bersahaja and after all we need someone beautiful to be the icing on the cake right? tapi ni icing gred A+ la, just perfect for that role

kalau nak bercerita on cinematography wise, bagi saya filem ni mengangkat cinematography yang simple tapi konsisten, yang penting it works for this movie, secukup rasa dengan tema dan direction filem ni

sebagai seorang yang dibesarkan tanpa kampung, filem ni tersangat-la menarik, sungai, lembu, ayam, sawah padi, rumah kampung berlaman besar dll ditampilkan dengan sangat real, kehidupan kampung yang penuh kekeluargaan dan kasih sayang, demmit, menarik kot

sebenarnya saya tak kisah pun ending filem ni macam mana, sebab filem ni boleh dipercayai, tema dan direction-nya dipegang dari awal hingga habis filem, macam tak perlu komen pasal plot filem ni, sebab semunya nampak bersahaja dan asli, memang enjoy

filem ni akan membuatkan anda tersenyum sinis, saya sudah pun merindui manis dan kembang

oh ye, lastly, sape yang meminati filem sara lakonan ida nerina dan syamsul ghau ghau dan filem soal hati lakonan erra fazira dan afdlin shauki kene menonton filem ni

*filem ni menerapkan nilai kekeluargaan yang tinggi, saya beranggapan showbiz dan televisyen membuatkan kita hilang nilai-nilai tersebut, sekian review amatur dari saya yang bukan pun seorang fanatik filem

No comments: