Followers



Wednesday, May 18, 2011

she's got the point

recently keluarga kami dilanda masalah maid/bibik, bibik kami yang berbakti selama 7 tahun mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak, anaknya di Indonesia ditimpa kemalangan, dan paling baru dia kena jaga cucu yang bakal lahir, memang suatu kehilangan buat kami, orangnya rajin, kecil je orangnya tapi urat dawai, bukan senang nak cari pengganti dan bukan senang nak cari yang boleh buat kerja, hari tu ada bibik baru masuk, selang 3 hari dah dihantar pulang, baik orangnya tapi 1st time kerja, "tak bisa mop", kata dia

buat sementara waktu, ibu turn into normal housewife again, mengemop, mengemas, buat laundry, siram pokok bunga, ayah juga turut ringan tulang membantu, dan biasanya bila kami*anak-anak, berjalan dalam rumah tak pakai selipar akan dibebel, terutama saya dan adik saya, yang spesis kaki basah, kene bebel tu normal la kan, tapi ini contoh benda-benda tak normal, bila bangun pagi tiba-tiba disuruh mengemop, suruh buang sampah, bukan "tak bisa", cuma bila pagi-pagi, mata tak buka habis, mamai-mamai, "belum warm-up" orang cakap, tu yang berat je rasa nak buat

ada satu pagi tu, sebelum ibu keluar pergi ofis*kadang-kadang dia pergi kerja, dia pesan, "awak, lain kali sebelum keluar rumah pagi-pagi tu, mop rumah dulu", saya hanya mampu buat muka "erk" je

one more thing saya rasa sebab dah lama tak buat benda-benda tu, tu yang ralat dan malas, culture shock pun ade

satu petang saya berdiskusi dengan ibu, saya tak ingat the whole conversation tapi macam ni bunyinya

"alang*panggilan saya di rumah, ni bukan "rebung", dah "buluh" dah, tak reti nak mop dll", bahas saya mengutarakan alasan

maksudnya disitu, konon dah terlambat la nak suruh saya mengemop dll, kalau adik-adik saya boleh la, diaorang masih boleh di train

"eh, takde, awak tengok dekat universiti tu, orang-orang tua pun ada yang belajar lagi", balas ibu takmo mengalah

aku terdiam, she's got the point

*masa zaman muda-muda dulu saya ni kategori ringan tulang buat kerja-kerja rumah, "dewasa ini" bukan main malas

3 comments:

Nur Jiwa said...

Tu lah,dulu masa belajar aku dh train ko..ko kutuk aku..ha...pemalas terok

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hafiz Atan said...

cari pasal nampak, bhaha