apa hebatnya diaorang ni? apabila mengulas tentang aussino, dalam dunia ni berapa banyak syarikat yang menjual lapik tilam dan bantal? tapi berapa banyak pula yang boleh buka secara besar-besaran? mungkin ia berkait rapat dengan modal tapi apa pula yang menyebabkan mereka berjaya mengekalkan kedudukan sebagai big player dalam lapangan mereka?
adakah syarikat yang saya sebut diatas merupakan syarikat pioneer? tidak juga, hanya beberapa sahaja
adakah mereka menawarkan produk atau servis yang murah? sehingga digilai ramai?
maggi, "cepat dimasak, sedap dimakan", semua orang inginkan sesuatu yang cepat, apa saja yang cepat dalam konteks servis pasti menjadi pilihan *enough said
dari segi produk, pengguna mahukan sesuatu yang terkini, dan ingin saya sentuh disini bahawa kuasa membeli terletak pada tangan wanita, setuju?
dari segi facebook dan blackberry, ape yang menarik pasal mereka? pada pendapat saya, kedua-duanya mempunyai template yang senang difahami, tiada paparan grafik yang fancy dan memudahkan pengguna mengakses serta menghubungkan antara satu sama lain dengan pantas dan mudah, bare in mind manusia ni suka "ambil tahu" dan "stay connected", sebab tu lah ada comment box, button "like" dan button "share"
apa pula kelebihan pelita nasi kandar? harga? memang tak, harga dia boleh tahan mahal juga, kalau duduk dekat pelita, dia punya "ane" ade je yang lalu lalang, angkat tangan terus dia datang, lagi satu makanan dekat kedai mamak ni cepat je siap, rasa pun boleh tahan sedapnya, pada pendapat saya pelita ni menang tang branding, dan servis dorang not bad
kesimpulannya, if kita ada produk/servis utk dijual kenalah pertimbangkan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, Insha Allah, ni merupakan sekadar pendapat dan pandangan serta pedoman buat saya agar apa-apa bidang perniagaan yang saya ceburi berjaya, Amin
2 comments:
Great post/share! nice...
thanks CDM, jom saling meng-follow
Post a Comment