Followers

Saturday, May 24, 2008

i'll pray for you dude:mr great salesman

hpp.ho hye!

baru balik amik gamba nih, engagement op&is, penat sikit plus badan lengas-lengas, entry ni patut wat semalam tp xde mood kot? gejala x sihat, wat keje bile de mood je, hahhaa, otw balik rumah td mmg dah plan nak wat entry ni, so b4 nak view gamba2 yang dishoot td baik siapkan entry ni dulu.

entry ni pasal cite semalam, alkisahnya, after job wedding kat s.alam semalam, aku bawak moqh n mas minum2 kat pakli sambil sembang2 diskusi, antara benda yang aku x sangka nak buat dalam hidup, 'lepak minum ngan phorographer handal malaya, moqh!' hahahahaha. tengah2 sembang aku pandang meja sebelah, aku nampak ada orang tengah bercakap kuat2, rupa-rupanya salesman tgh jual barang, cara dia cakap memang kuat n bersemangat waja teguh berusaha, hehe, then kitaorg tiga2 orang tengoklah salesman tu, moqh cakap,'muka hensem tapi jadi salesman', hahaaa.

then aku perasan yang mamat salesman tu da abis menjaja kat meja sebelah tu, dia berdiri belakang meja kitaorg, ngan muka yang nyata-nyata tengah pilih next customer yang berpotensi, ntahlah, aku mmg boleh nampak dalam muka dia, dia tgh usya2 next customer, tp dia x dtg kat meja kitaorg.

kitaorg meneruskan aktiviti minum2 dan makan roti bakar yang bos pesan, masa tu hujan rintik2 air bergelombang, borak-borak, mostly pasal prestasi kitorang sebagai junior photog, adeh, a lot 2 b improve bebeh!

sedang kami berborak2 lalu hujan turun ngan sangat lebat, xde laaa, tipu jeee....

sedang kami berborak2 lalu datang mamat salesman tadi, dari mana ntah, lalu dia memulakan ayat2 seorang salesman yang power dan penuh keyakinan. aku dah lupa-dupa dialog dia sebab laju n padat ayat2 dia, yang nyata dia nak jual perfume, perfume berbau epal, bukan nepal ok, lebih kurang mcm dkny yang bau epal tu kot, dia sembur kat tangan kitorang, pastu dia tanya 'ada bau cinta2 x?', lebih kurang lah ayat dia, pastu dia terus berhujah panjang

saya dari company sekian-sekian, lagi 2 minggu kami akan buka kedai di somewhere in bandar sunway, like that, aku da lupa, so kami membuat promotion, harga perfume ni kat kedai will be 180++ tp sebab promotion harganya will be 50+, aku x react sangat, sikit2 je, mas yang banyak tanya, mula2 mamat tu suruh teka berapa harga dia nak bagi, mas teka berapa ntah, then mas cakap kalo rm10 dia nak lah, then mamat tu cakap, x boleh, siap dia tunjukkan packaging lagi, memang mantap la, tp packaging tu macam tempat letak sijil yang, kotak bulat yang panjang tu, aku x teruja sebab da penah tengok dah, last2 ended with xde sape yang beli pun, for rm50+ n the negotiation took about 7 minutes, sape yang nak beli, kalo orang betul2 cari perfume dia akan g counter perfume kat shopping mall, x pun kat internet, various perfume ade, ada tester lagi.

tujuan aku wat entry ni bukan nak cite pasal perfume etc, tp aku nak cerita pasal kesungguhan mamat salesman ni, dia jual perfume dengan bersungguh, u really needto see how he promote his stuff, suara jelas, kuat, macam skrip pun ada aku rasa, hahha, dengan berbekalkan muka yang tebal, aku rasa cam dia x deserve kerja macam tu, x senang beb, sebelum kita nak select customer utk diaproach macam2 berlegar kat kepala otak, bukan anybody leh buat, aku pernah tolong band member aku jual cd kat satu feast kat uitm, berapa banyak customer aku approach tp mostly reject, padahal aku dah bajet2 mane satu yang berpotensi tuk jadi customer, fuhhhh, tp bila ada orang beli rasa woooo, best gilaaa.

berbalik pada mamat tadi tu, aku rasa itu memang skill dia, aku rasa dia bukan malay, sebab slank dia cam mat salleh+singh, then aku rasa itu business dia kot, kalo bukan business dia, dia mmg mati-matian cari sales, mesti korang akan cakap, 'dah memang itu kerja salesman', erm, ye lah, tp bg aku dia salesman terbaik aku pernah jumpa selama 22 tahun idup dan makan nasi nih.

bagi aku dia deserve tuk diberi bigger chance atau oppertunity, tp myb kita x tahu kenapa dia jadi salesman, like i said just now, myb itu business dia, family, frens atau dia wat part time cr duit lebih, myb dia student, sape tahu, xpun dia x jumpa lagi right job tuk dia, myb jobstreet.com x apply pape lagi, heheeee, but serious to say, he deserve something bigger dari hanya jadi salesman, tetiba aku tepikir myb dia x pandai membaca??? urm, ntah, mcm2 prediction, sbb aku x puas hati, orang yang ada kesungguhan camtu jadi salesman.

aku hope n pray n rasa one day dia pasti berjaya, kalo x berjaya dalam bidang lain, berjaya menjadi penjual perfume terkaya di dunia, then leh bukak kilang perfume with his own brand, caiyok dude.

i'll pray for you dude!!!!

No comments: