Followers

Friday, May 2, 2008

SELL & TRADE

hpp ho!

Baru kejap tadi aku g SELL & TRADE branch PJ, my 2nd visit there, 1st visit dulu tengok2 barang but 2nd visit ni nak jual barang kat sana, nak cari parking sangatlah susah, 3,4 round pusing-pusing baru dapat, itupun agak jauh.

Barang yang aku nak jual
jam swatch irony ngan mp3 samsung YP-Z5F, this is my 1st time, jual-jual barang untuk tukarkan dengan duit, rase macam pg pajak gadaipun ada, heehehee, rase cam pencuri pun ade, pencuri???, ye lah, pecah rumah orang pastu jual barang hasil pecah rumah tu, hahhahaa, pape pun ngan machonye aku enter kedai tu, tetiba rase nak tergelak, ntah ape aku fikir ntah, myb sbb x biasa wat mende2 camtu.

1st aku keluarkan mp3, siap dgn resit asal, RM599, aku tunjukkan kat orang tu, dia belek2 sambil tanya, berapa lama dah pakai? berapa gb?aku pun cakap kat dier, aku jual sbb dah ada i-pod, pastu nak beli hp baru. Dia tanya lagi, berapa aku nak tolak? aku cakap RM400, dia tanya lagi, berapa paling rendah aku nak tolak, aku jawab RM400 gak, dia belek2 lagi, pastu dia search ape ntah kat internet, harga market kot, mp3 tu lak, mase tu xde battery, so xleh on, dia suruh aku bawak balik rumah charge pastu datang balik, ermmmmm, tetiba aku cam blurr, pastu dia wat calculation, dia bahagi dua harga asal RM559/2=279, dia cakap dia leh amik bawah lagi dari 279 tu, tiba2 dia masuk dalam bincang ngan '
geng-geng mafia' dia, hahaha, main-main je, dia bincang ngan bos n staf lain kot, tup-tup dia datang balik dia cakap

"harga jualan RM160, so kitaorang boleh amik RM80 je"

dalam hati aku cakap,
ekau gilo ko apo?, hahahahaaaaa, pastu dia explain, mende ni xde permintaan lagi means market kurang, then kalo mp3 diorang prefer beli i-pod, then dia cakap "ini hanya storage macam pendrive cuma leh keluar sound je", aku terconfuse jap ngan apa yang dia cakap tu, dia siap cakap harga2 terkini pendrive di Malaysia termasuk Sabah Serawak, hahahhahaha, so kalo aku nak gak jual, aku akan dapat RM80, last2 utk penutup cerita dia cakap...

"saya rasa abang jual kat kawan2 abang je lah"

cadangan yang bagus, aku pun rase camtu, x berbaloi kot, daripada aku jual untuk RM80, lebih baik aku simpan, xpun bagi kat my sisters, aku pun sama, x pikir panjang mase beli i-pod kat indon hr tu, lebih baik aku beli hp, heheheeee, myb sbb da lama simpan hajat nak beli i-pod kot, tu yang main sambar je, kene lah
tangguh dulu plan nak beli hp ngan jam tangan sampai aku jumpa buyer, kalo my parents nk sponsor pun ok gak, weeeeeeeee

dari entry ni dan dari pengalaman aku, bagi aku SELL&TRADE ok je cuma kalau nak jual barang kat situ:

  1. barang tu mestilah benda yang betul2 mahal dan ada value, sbg contoh jam Rolex, or camera Nikon yang harga dia mmg mahal n still ada value sampai skrg, baru lah leh jual ngan harga tinggi.
  2. melalui bro dr SELL&TRADE, dia kata each branch lain nilai utk barang yang kita nak jual, ada yang sanggup nak beli dengan harga tinggi, ada yang tidak dan lain branch lain barang yang diorg cari, mcm branch PJ diorg prefer kita jual computer parts, if i'm not mistaken.
dan lagi satu nasib baik dia cadangkan aku jual kat member2 dan x paksa aku jual kat dia dgn harga RM80 tu, kalo x rugi jeeee, hohooooo, so guys kalo nak menjual pada mana2 kedai barang terpakai, pikir baik2 dan runding dgn hati2, kalo harga x ok ckp x ok, tp kene fikir logik gak, kalo kita nak jual barang biasa2 jgnlah mintak harga tinggi2, mau kene pelangkung, hahahaaa =)

btw, sape rase2 nak memiliki jam swatch irony or mp3 samsung YP-Z5F leh leave comment yep, harga leh runding.

No comments: