Followers



Sunday, June 19, 2011

Hong Kong Checklist

1. beli charger bb baru, sekarang punya dah tak berapa elok - charger tak rosak sebenarnya, kene adjust tempat cucuk charger tu
2. beli kasut converse, yang ada sekarang dah teruk, nak berjalan jauh katanya
3. considering beli tripod/pinjam dari sesiapa, tapi tak rasa pun akan kerap digunakan, hmm *done, thanks to Apis Zainal
4. tadi sambar 2 helai nike tees, leh pakai kat sana*beria
5. memory card! ni wajib ni

[source]Di Hong Kong kita dapat rasa 4 musim, ini kerana Hong Kong beriklim sub-tropika, ada musim panas, musim sejuk, musim bunga, dan musim luruh. Malangnya aku pergi hujung bulan 6 kerana lewat bulan Mei hingga pertengahan bulan September adalah musim panas, lembab, cerah dan hujan di Hong Kong.. ala kat Malaysia pun boleh rasa cuasa panas.. aku nak cuaca sejuk.. hehehehe… tak pelah lain kali kalau ke Hong Kong aku nak pergi waktu musim sejuk pula tapi tu maybe aku pergi dengan awek aku kot baru romantika hhuhu. Kalau korang nak rasa musim bunga pergilah pada bulan Mac dan pertengahan bulan Mei, kalau nak rasa musim luruh pada boleh datang pada bulan September hingga awal Disember masa ni cuasa sangat nyaman dan mejoriti orang cakap bulan ni adalah bulan yang paling best di Hong Kong. Bagi yang nak rasa cuasa sejuk pula boleh datang pada pertengahan Disember – Februari sebab cuasa pada bulan ni dingin dan berawan dan suhu boleh sampai 10ÂșC di kawasan bandar. Jadi pada mereka yang nak melancong ke Hong Kong tu buatlah perancangan awal mengenai cuasa pilihan korang ye..

Dekat Hong Kong ni 95% dari mereka berdialek Kantonis dan selebihnya berbahasa inggeris ini kerana bahasa cina dan bahasa inggeris adalah bahasa rasmi di Hong Kong. Korang ingat aku tak reti cakap Kantonis ke?.. hehehe aku adalah belajar sikit-sikit supaya tak senang kena tipu. Kalau di Hong Kong semua singboard dalam tulisan dwi-bahasa, at least aku boleh paham gak la tulisan kat signboard tu sebab ada tulisan huruf ABC dan tulisan cina yang belit-belit tu.. Semalam aku baru belajar beberapa perkataan kantonis antranya

Hello, anda apa khabar?
Nei hou maa?

Terima kasih!
M goi saa!

Anda ada menu dalam bahasa Inggeris?
Cing man nei jau mou jing man cann paai aa?

Bolehkah anda syorkan makanan yang sedap?
Cing man jau mat coi sik hou gaai siu aa?

Boleh bawakan bil
M goi maai daan

Berapa harganya yang ini?
Ni go gei do cin aa?

Mahalnya!
Gaa cin taai gwai laa!

Boleh kurangkan sedikit harganya?
Peng di dak m dak aa?

Saya mahu pergi ke (nama tempat)
Ngo soeng heoi…

Tolong berhenti di sini.
M goi ni dou jau lok

Pukul berapa sekarang?
Cing man ji gaa gei dim zung?

Maaf, di manakah bilik air?
Cing man sai sau gaan hai bin aa?
[source]


as for 21st May 2011
1MYR = 2.58043 HKD [source]

No comments: