lama rasanya takde entry baru, bulan puasa ni liat pulak, cuma banyak upload gamba dkt fb je, hari ni dah masuk 11 Ramadhan, minggu kedua berpuasa, rasa cepat masa berlalu *ayat cliche, Alhamdulillah rezeki Allah, walaupun bulan puasa ni kurang job tapi Allah bagi rezeki cara lain, kuih raya, dan yang paling memeranjatkan ada seorang customer order 60 balang terus, Alhamdulillah
sempena mengambil barakah bulan Ramadhan juga pada 1 Ramadhan yang lalu saya menyambar kamera baru, sesuatu yang saya memang saya idamkan, Canon 5DM2, dan jika ditanya kenapa bertukar pada Canon 5DM2, saya takde jawapan spesifik, fyi sebelum ni saya guna Nikon D90 sebagai sumber mencari rezeki, "memang kamera bukan penentu gambar yang cantik, tapi kalau boleh push ISO tinggi2 masa shoot dewan perdana felda kan lebih baik?", semoga selepas ini lebih serius dan bertambah2 rezeki la hendaknya
2011 hampir masuk suku tahun ketiga, hopefully tahun ni kareer akan bertambah baik, hope je tak guna gak, kene "action", banyak lagi yang kene belajar dan kene disiplinkan, sistem kene bagus, Insha Allah
oh last but not least semalam hari jadi ibu tercinta, alang harap ibu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu, boleh buat ucapan raya sekali x? lol
No comments:
Post a Comment