Followers



Saturday, April 30, 2011

hafizatan.net updated!

Hafiz Atan featured in "Majalah Feminin Edisi Khas"
click Here

Friday, April 29, 2011

some things cost more than you realise



"bik! kopi satu! takmo panas, suam je"
tribute to bibik mujiyah
2005-2011


Thursday, April 28, 2011

Maher Zain


sila lihat minit-minit awal clip ini, nasib baik MZ super-cool

Tuesday, April 26, 2011

teka sape yang sakit?


orang sakit bukan patut terlantar atas katil ke? sila lihat minit yang ke 2:41

p/s: semoga akid cepat sembuh

Monday, April 25, 2011

lalang dan alang

instead of

jangan jadi macam lalang

change to

jadi macam akar lalang, sedikit pun tak berganjak

but

jangan jadi macam alang*panggilan saya dirumah


p/s: perkataan jangan perlu selalu dielak

Sunday, April 24, 2011

untitle

bila pagi kita masuk bilik air, dan capai berus gigi, adakah ia berlaku secara automatik atau kita berfikir sebelum melakukannya?

Saturday, April 23, 2011

please leave one comment about this photo

this is my comment:
taktik baru meminta sedekah oleh warga asing ni agak melampau, kalau dibiarkan akan berleluasa, memalukan, lagi-lagi berlaku di Malaysia, kalau ini sindiket kenapa tidak dibenteras, kalau ada yang disogok, ada pihak tak buat keje ke?

Friday, April 22, 2011

ketahui dari mana BlackBerry anda dibuat

taip *#o6# kemudian tekan "phone" maka akan muncul 15 digit angka nombor IMEI BlackBerry anda.

Contoh: 345678.10.987654.3.
Angka ketujuh & kelapan nombor IMEI ini adalah 10
Itu beerti BB tersebut dikilangkan di Finland dengan kualiti yang sangat bagus

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 02 atau 20
maka BB tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang teruk

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 08 atau 80
maka BB tersebut dibuat di Jerman dengan kualiti yang lumayan

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 03
maka BB tersebut dibuat di Francis atau Canada dengan kualiti yang paling baik

Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 04
maka BB tersebut adalah limited edition dibuat khusus di Canada dengan kualiti terbaik di dunia

Jika BB anda tidak termasuk dari salah satu di atas, beerti BB anda adalah BB palsu

Thursday, April 21, 2011

wishlist 1 : shoes

Sperry Top-sider Seamate for Beauty & Youth
click here

Wednesday, April 20, 2011

morning!


start your day with this :)

CUN

hangpa ingat hangpa ada duit, hangpa bole buat apa hangpa suka?"


petang tadi sementara tunggu 2 jam untuk kereta diservis saya ambil keputusan untuk tengok wayang, nasib-la baik pusat servis tu dekat dengan Jusco Bukit Raja, dalam kepala ingatkan nak tengok latest filem the rock*lupa tajuknya, tapi cerita yang ada hanya CUN, at 1st takde lah excited, dah itu je cerita yang ada, lagi pun Remy Ishak+Maya Karin, not bad la kot

to be honest 1st 15 minutes memang ada perasaan nak keluar dari wayang, maybe sebab belum faham lagi karektor yang dibawa oleh Ning Baizura, terasa over, tapi itu at 1st la, one more thing at beginning cerita ni nampak macam filem melayu typical yang lain

cerita terus di develope bila luna*maya karin ambil keputusan untuk lari ke kampung mata ayer, dekat sini watak manis, atan, kembang diperkenalkan, and all of sudden cerita ni terus jadi menarik, oh ye Faezah Elai sebagai Tom, menyerlah sepanjang filem, dan manis*tak tahu nama pelakon tu perlu dipuji kerana sangat berjaya membawa watak gadis istimewa

lakonan bersahaja Remy Ishak memang best, tak nampak macam berlakon, terbaik la mamat ni, dan watak yang dibawakan sangat konsisten*credit pada pengarah, sesuatu yang susah nak jumpa dalam filem melayu, 90% filem ni dalam loghat kedah, maybe Remy berasal dari kedah kot, sebab cara dia cakap loghat kedah sangat perfect, Maya Karin pula tidak menghampakan, lakonan yang juga bersahaja and after all we need someone beautiful to be the icing on the cake right? tapi ni icing gred A+ la, just perfect for that role

kalau nak bercerita on cinematography wise, bagi saya filem ni mengangkat cinematography yang simple tapi konsisten, yang penting it works for this movie, secukup rasa dengan tema dan direction filem ni

sebagai seorang yang dibesarkan tanpa kampung, filem ni tersangat-la menarik, sungai, lembu, ayam, sawah padi, rumah kampung berlaman besar dll ditampilkan dengan sangat real, kehidupan kampung yang penuh kekeluargaan dan kasih sayang, demmit, menarik kot

sebenarnya saya tak kisah pun ending filem ni macam mana, sebab filem ni boleh dipercayai, tema dan direction-nya dipegang dari awal hingga habis filem, macam tak perlu komen pasal plot filem ni, sebab semunya nampak bersahaja dan asli, memang enjoy

filem ni akan membuatkan anda tersenyum sinis, saya sudah pun merindui manis dan kembang

oh ye, lastly, sape yang meminati filem sara lakonan ida nerina dan syamsul ghau ghau dan filem soal hati lakonan erra fazira dan afdlin shauki kene menonton filem ni

*filem ni menerapkan nilai kekeluargaan yang tinggi, saya beranggapan showbiz dan televisyen membuatkan kita hilang nilai-nilai tersebut, sekian review amatur dari saya yang bukan pun seorang fanatik filem

quote

"if you have a dream, go after it - Whitney, 1st MasterChef US"

Tuesday, April 19, 2011

GLAM's 7th anniversary party

saya baru pulang dari GLAM's 7th anniversary party, follow Anizam Yusof , sila google, dia dapat invitation dari editor GLAM sendiri, Suzie Adnan, kali kedua dalam minggu ni saya menemani dia ke event, yang pertama dulu memang secara paksaan, yang kedua ni memang interesting

tema event ni "GLAM chic", tak lah beria sangat bergaya, pakai apa yang ade je, oh ye, Phya dan suami, Pires turut serta bersama kami, event ni memang glam la, bukan sebarang glam, glam yang "baik punya", ramai jelitawan dari kalangan artis, model, penggemar fesyen dan orang-orang belakang tabir yang saya gelar "fashion people", spot few people yang famous tapi tak berkesempatan tegur, antaranya idan, photographer fashion yang handal tu, syomir izwa, baharim, dll

antara artis yang hadir sangat ramai antaranya tiz zakiyah, marion counter, bront palare dll, saya sempat bertegur dengan one of top wedding planner in town, Datin Lynda Rahim, ini merupakan kali kedua saya berjumpa dengan beliau, oh ye, Tengku Azura dan Eryna Salim menyapa saya, "macam kenal", kata kak zura, dan Eryna yang sememangnya model favourite, awal-awal dah menyapa dari jauh, tak rugi follow Faysall Hashim shoot diaorang 2 weeks ago dekat studio UITM Shah Alam, Eryna, model yang saya post gamba dia dengan saya dekat facebook, dia pakai baju ala-ala pokok pisang tu

lastly Bustamam Mokhtar from white studio yang sememangnya terkenal dengan masterpice yang hebat juga mempamerkan hasil kerja beliau, kebanyakannya diambil di luar negara, interesting sangat-sangat, mostly fashion photography, di pamerkan seakan galeri yang tidak berdinding, abang bus ni memang terkenal sebagai photographer yang hebat, kalau tak silap beliau punya core is potraits and fashion, kalau beli majalah glam akan selalu nampak artwork dia, satu level yang tinggi dalam kerjaya sebagai photographer

event
ni memang menarik, bagi saya exposure yang berbeza skit selain wedding photography, and one more thing it's polish my soft skill on how to mingle around in that kind of crowd

*need to bring camera nextime,
tapi bukan dslr la

RESTART 1


Hafiz
VS Ejat


3 berbalas 8.5

kalah teruk, will update later

Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

pls try this at home :)


nak kata obsession tu memang tak la, tapi currently saya tengah follow workout routine ni, "pelan-pelan kayuh", never say never

Friday, April 15, 2011

Maharaja Lawak - Nabil *minggu ke 3


Wondering, mana si nabil ni dapat idea, u got your own class dude!, one of the best performance during last night show selain sepah

Monday, April 11, 2011

perniagaan "dropshipper"

Apa tu dropshipper? actually saya dah dengar pasal dropshipper 3, 4 tahun lepas tapi tak ambil tahu sangat, entry kali ni bukan nak memperkenalkan produk atau sebagainya, sekadar sharing

perniagaan dropshipper tidak memerlukan modal, dropshipper menyediakan platform untuk kita berniaga, bagaimana?, penjual melakukan aktiviti menjual dengan mempromosikan produk yang telah dibekalkan oleh dropshipper secara online atau sebaliknya, sebagai contoh, dropshipper akan membekalkan penjual dengan katalog yang mengandungi produk-produk jualan, tugas penjual mempromosikan barang tersebut dan mengambil order, penjual hanya perlu membayar harga kos kepada dropshipper beserta kos penghantaran/shipping *dikenakan kepada pembeli, setelah itu produk tadi akan dihantar terus kepada pembeli oleh pihak dropshipper, menarik kan?

banyak idea-idea lain dapat dikembangkan dari sini, dalam bidang photography, mmg ada wujud sistem ni, ada pihak ketiga yang bertangungjawab mencetak album, tugas photographer hanya mengambil gambar kemudian mengedit sendiri atau di sub pada editor, klien kadangkala diberi pilihan untuk memilih material dan design album, kemudian photographer akan menghantar album tersebut untuk dicetak, dalam masa seminggu album tersebut akan sampai ke pintu rumah client, dalam hal ini syarikat printing menjalankan perniagaan dropshipper, cuma buat masa sekarang kebanyakan photographer lebih selesa menghantar sendiri album kepada klien

apa lagi yang dapat difikirkan dari idea perniagaan dropshipper ni?

Sunday, April 10, 2011

'Jual Diri' Sebelum Produk Atau Servis - Dato Dr. Maznah Hamid, the iron lady


*baru balik dari "Seminar Jihad Ekonomi dan Kewangan" by Dr Niki Shuhada Shukor dan Datuk Dr. Maznah Hamid as their official photographer, it was awesome

this is an article about Datuk Dr. Maznah

Menyingkap perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk berada di tahap ini berbaloilah wanita tegar ini diberi jolokan 'The Iron Lady'. Datuk Dr.Maznah Hamid, bukan calang-calang wanita. Beliau bukan sekadar suri di hati suami tercinta, Datu Shaheen Mirza Habib,, ibu kepada 5 putera-puterinya, malah Pengerusi Eksekutif yang menerajui 50 cawangan securiforce, mengepalai 5000 kakitangan, dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Asalnya beliau hanya insan biasa. Gadis desa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama. Semua benda "tidak boleh" sehinggakan bersekolah di sekolah orang putih pun dilarang. Namun beliau tetap belajar di sekolah Inggeris pada waktu pagi dan petangnya di sekolah Agama.

"Pesan nenek, kalu tak pass MCE jadi ustazah, kalau lepas universiti jadi tokoh ustazah. Tapi yang bagusnya apabila didikan agama kita kuat tidak kira di mana kita berada walau jauh beribu batu dari keluarga kita tidak mudah tergelincir atau tersasar dari landasan," ujar Datuk Maznah dan memulakan kerjayanya sebagai guru bahasa dan penterjemah.

"Saya bukanlah pelajar yang pintar dengan straight A's, tapi 'cerdik' jugalah!. Namun kualiti kepimpinan saya mulai kelihatan sejak zaman persekolahan apabila saya cukup aktif dalam kokurikulum. Menjadi kapten sukan, pengerusi pelbagai persatuan dan biro," tambah beliau lagi yang memang suka sesuatu yang 'lasak' dan mencabar.

Bercakap mengenai ilmu, pelajaran, pendidikan dan kemahiran, Datuk Maznah berkata, beliau tidah begitu menyakini kelulusan tertinggi yang diperolehi di universiti boleh dijadikan modal utama atau jaminan untuk menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia tetapi ia turut boleh membantu. Untuk berjaya di dalam hidup, kita memerlukan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai aspek. Dari dudut keusahawanan kita memerlukan 80 peratuss kepintaran EQ dan 20 peratus IQ (akademik). Kekebalan diri dan semangat yang membara mengatasi segalanya.

Atas dasar ini wanita gigih ini dijadikan duta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan', di mana beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semuapara graduan. Beliau juga memberi gambaran sebenarnya dunia keusahawanan dan juga latihan praktikal sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semangat keusahawanan harus ditanam di dalam diri semua insan yang ingin hidup 'senang'

Saya sering berangan dan berdoa ingin jadi orang senang kerana hidup susah, Dari bawah di kediaman setinggan-setinggan memandang ke atas bukit melihat rumah-rumah besar dan memasang impian untuk turut berada sebaris di situ. Berangan-angan menjadi kaya dari usaha gigih yang berterusan.

"Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya dengan meletakkan saya dikalangan mereka. Benarlah kata orang, kalau nak jadi alim berkawanlah dengan orang alim, kalau nak berjaya maka sentiasalah bersamalah orang berjaya. Bila berada di golongan tersebut kita mendapat motivasi, aura atau 'vibration' untuk menjadi seperti mereka. Merekalah 'MENTOR' saya.

"Saya terpaksa jual rumah untuk dijadikan modal permulaan berniaga dan kemudiannya berpindah ke rumah setiinggan tanpa elektrik dan air. Bila malam bawa anak-anak ke pejabat. Kesibukan bisnes 24 jam/7 hari, apabila bekerja malam maka berbagai-bagai idea muncul sehinggalah lahirnya banyak anak syarikat yang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi," cerita Datuk Maznah mengenag saat keperitan mula berniaga.

Melalui gambaran penceritaan jelas sekali 10 tahun peserta bukanlah saat 'mudah dan indah' untuk wanita kebal yang turut aktif sebagai kaunselor, motivator dan pendidik ini.

Kini setelah 30 tahun, syarikat yang umpama nadi penggerak perubahan kehidupan wanita gigih ini gah berdiri dengan beberapa anak syarikat lain seperti pemaju hartanah, Danau Lumayan, ynag membina kondominium beserta penthouse ekslusif.

Securiforce bukan terhad kepada static guard sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan armoured trucking dan banyak lagi. Ini bermakna syarikat ini menawarkan pakej keselamatan lengkap dan total, mempelopori konsep total security.

Hari ini Security Logistics telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan beberapa cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Lebih menarik lagi semua ini berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada institusi kewangan.

"Menceburi bidang yang kebiasaannya dipelopori kaum lelaki, ada baik dan buruknya. Cabaran dipandang sebelah mata seolah-olah kita tidak mampu melakukan terutama bila wanita, masih muda, kekurangan modal. Belum lagi dikira tentangan keluarga, pandangan masyarakat. Namun cabaran-cabaran ini mengujakan saya untuk buat yang terbaik lebih-lebih lagi apabila setiap restu dan sokongan daripada suami, keluarga dan anak-anak.

"Saya sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dari aspek bakat, kemahiran, pelan pemasaran, innovasi, dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan. Saya 'jual diri' melalui personaliti, integriti, dan kualiti syarikat yang saya jadikan modal utama merintis kejayaan saya hari ini. Dan akhirnya saya bukan sekadar dikenali sebagai wanita yang menceburi bidang lelaki tetapi juga menyaingi golongan terbabit," kata Datuk Maznah yang turut berterima kasih kepada media elektronik dan cetak yang mana banyak mempromosikan diri dan kejayaan beliau sebagai inspirasi, dan motivasi kepada seluruh masyarakat terutamanya wanita.

Bila ditanya mengenai semangat kentalnya, beliau menegaskan segala pengorbanan, kesusahan, cabaran dan persaingan hebat di peringkat permulaan perniagaan, telah banyak membentuk kekebalan diri dan kekentalan semangat 'iaganya' yang mana tidak boleh diperolehi dari mana-mana universiti pun. Sebab itu, hadapilah apa jua cabaran dan pesaingan dalam dunia perniagaan dengan tabah, bijaksana dan sikap minda yang membina, tegas Datuk Maznah Hamid.

Paling utama bagi beliau tidak kira pada tahap mana kita berada sentiasa berusaha menambah ilmu dalam bidang yang diceburi. Meskipun baru sahaja menamatkan ijazah kedoktorannya namun Datuk Maznah dilihat tidak berhenti di situ tetapi meneruskan pencarian beliau dalam bidang Life Strategies pula untuk bekalan dan modal di hari tua.

Hari ini dengan pencapaian dan pengalaman yang bukan sedikit ini selayaknya Datuk Maznah dijadikan ikon kepada usahawan-usahawan di luar sana terutamanya wanita. Malah atas dasar itu juga beliau dilantik beberapa badan tertentu untuk mewujudkan program bertujuan melatih secara praktikal individu yang berminat untuk menjadi usahawan dengan konsep mentor-mentee dan pelaburan bagi memastikan kejayaan dalam apa jua yang mereka usahakan.

"Berbekalkan konsep 3K, kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan yang menjadi amalan sehingga meletakkan saya pada kedudukan hari ni akan saya kongsikan dengan anda semua agar mampu berdikari dan tidak lagi mengharap belas ehsan orang lain terutama dalam mengejar kejayaan dan kestabilan kewangan," ujar Datuk Maznah penuh bermotivasi mengakhiri temu ramah.

ikhsan daripada majalah Jutawan Edisi Julai 2010, teks oleh Iera Yusoff

Friday, April 8, 2011

AYAH main kasar!


if sebelum ni


"Abdul Hafidz, bangun subuh, dah pukul 7 dah ni", jerit ayah
*padahal baru 6.30


pagi tadi

"Abdul Hafidz, bangun subuh, umur nak masuk 30 dah", jerit ayah
*padahal baru nak masuk 25

RAYA


raya tahun lepas *2010


raya tahun lepas saya ada 1 wish iaitu nak bagi anak2 buah dan sepupu
angpau, last year I was 24 dan sepatutnya at age 24 saya dah ada pekerjaan tetap dengan income tetap, fyi masa tu saya bekerja sebagai financial advisor di CIMB wangsa maju, nama je financial advisor tp financial sendiri huru-hara, sudahnya saya x berjaya realisasikan wish saya tu


raya tahun ni *2011

raya tahun ni dah x lama dah, bukan nk ketepikan Ramadhan, tp nak menyedarkan diri utk kerja kuat dari sekarang, Insha-Allah, selain nak bagi angpau ada few wishes lg, semoga dapat jadi kenyataan, dan tempoh 4 bulan setengah bukan mustahil, even memiliki sebuah kereta baru, perhaps

Amin ya rabbal alamin


Hafiz 360


INTRODUCTION

hafiz360 formerly known as hafidzkamaruddin, hafiz360 akan dijadikan blog utama untuk saya meng-update sebarang entry berkaitan dengan biznes yang sedang saya jalankan, saya akan ceritakan dengan lebih lanjut di entry seterusnya


"Most people quit when they fail. Those who get up have strengthened their spirit" - Robert Kiyosaki