Followers



Thursday, June 30, 2011

semalam dan tadi


#semalam

"ibu masak ape?", tanya ummu*adik bongsu saya, pada ibu

"paru goreng!", jerit saya dari belakang

"bau pun dah tau", tambah saya

dengan lapar saya terus menerjah dapur, ibu follow dari belakang

bukak tudung saji, takde

bukak kabinet, takde

bau bukan main kuat, tapi mana bendanya?

tiba-tiba bibik baru kami lalu,

"mana bibik letak paru?", kami

dengan selamba dia buka pintu peti ais, "disini", tunjuk bibik sambil mengalih piring yang dijadikan penutup mangkuk paru goreng tersebut

*untuk makluman, paru itu baru sahaja dimasak, dia letak dalam peti ais sebab kucing selalu serang makanan bawah tudung saji

#tadi

"abang nak air", sapa akid pada saya, akid ni anak buah saya umur lebih kurang 3 tahun, dia bahaskan diri dia abang

saya pun hulurkan air yang sedang saya minum padanya

"air kopi eea?", tanya akid

"a'ah", saya

"tak boleh minum kopi nanti gigi abang karat", balas akid

fulamak!

Tuesday, June 28, 2011

super quote

"I have to remind myself that some birds aren't meant to be caged. Their feathers are just too bright. And when they fly away, the part of you that knows it was a sin to lock them up does rejoice. But still, the place you live in is that much more grey" - Shawshank Redemption

Sunday, June 26, 2011

maggi, ikea, blackberry...

dah lama tak menulis panjang, sebenarnya dah lama nak menulis pasal company-company hebat ni, antaranya, maggi, ikea, blackberry, facebook, aussino, terbaru "pelita" dan tak kurang hebatnya, "ariani", sape sangka satu hari nanti akan ada satu kedai yang hanya menjual tudung yang sangat gah

apa hebatnya diaorang ni? apabila mengulas tentang aussino, dalam dunia ni berapa banyak syarikat yang menjual lapik tilam dan bantal? tapi berapa banyak pula yang boleh buka secara besar-besaran? mungkin ia berkait rapat dengan modal tapi apa pula yang menyebabkan mereka berjaya mengekalkan kedudukan sebagai big player dalam lapangan mereka?

adakah syarikat yang saya sebut diatas merupakan syarikat pioneer? tidak juga, hanya beberapa sahaja

adakah mereka menawarkan produk atau servis yang murah? sehingga digilai ramai?

maggi, "cepat dimasak, sedap dimakan", semua orang inginkan sesuatu yang cepat, apa saja yang cepat dalam konteks servis pasti menjadi pilihan *enough said

dari segi produk, pengguna mahukan sesuatu yang terkini, dan ingin saya sentuh disini bahawa kuasa membeli terletak pada tangan wanita, setuju?

dari segi facebook dan blackberry, ape yang menarik pasal mereka? pada pendapat saya, kedua-duanya mempunyai template yang senang difahami, tiada paparan grafik yang fancy dan memudahkan pengguna mengakses serta menghubungkan antara satu sama lain dengan pantas dan mudah, bare in mind manusia ni suka "ambil tahu" dan "stay connected", sebab tu lah ada comment box, button "like" dan button "share"

apa pula kelebihan pelita nasi kandar? harga? memang tak, harga dia boleh tahan mahal juga, kalau duduk dekat pelita, dia punya "ane" ade je yang lalu lalang, angkat tangan terus dia datang, lagi satu makanan dekat kedai mamak ni cepat je siap, rasa pun boleh tahan sedapnya, pada pendapat saya pelita ni menang tang branding, dan servis dorang not bad

kesimpulannya, if kita ada produk/servis utk dijual kenalah pertimbangkan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, Insha Allah, ni merupakan sekadar pendapat dan pandangan serta pedoman buat saya agar apa-apa bidang perniagaan yang saya ceburi berjaya, Amin

cuci mata #2 - Leica M8 White


another Leica M8, this time in white

*kalau selalu tengok/post gambar benda yang kita suka, lama kelamaan kita akan dapat benda tu kan?

Wednesday, June 22, 2011

cuci mata #1 - Leica M8 Safari


M8 Safari edition has a 10.3 megapixel resolution and a 28mm f/2.8 ASPH lens. The camera is about $9,000, but Leica stress that this is a camera for photography professionals and serious enthusiasts

*saya bukan la orang yang alert sangat pada gadget terbaru, tp ni cool kan?

wait!

seperti tahun-tahun lepas tahun ni saya nak jual kuih raya, tapi tahun ni nak jual besar-besaran, erm, idea tengah mencurah-curah ni! sape nak order kuih raya?

hasil rembatan hong kong


emporio armani stainless steel ring for men


backpack from fred perry


sling bag/camera bag from lacoste

2011 agak busy dan tahun yang murah rezeki, Alhamdulillah, thanks to Allah

just a quick update, just nak share hasil-hasil rembatan trip kerja sambil holiday ke Hong Kong hari tu :)

Sunday, June 19, 2011

what is on my mind?


  1. own a gallery, just a small one, a place for me to meet up with clients
  2. my new perspective about multi level marketing after got back from Hong Kong trip
  3. fred perry and lacoste, nak collect and jual brand ni through internet, erm
  4. kumpul duit banyak-banyak, Insha Allah
  5. my photography career

Hong Kong Checklist

1. beli charger bb baru, sekarang punya dah tak berapa elok - charger tak rosak sebenarnya, kene adjust tempat cucuk charger tu
2. beli kasut converse, yang ada sekarang dah teruk, nak berjalan jauh katanya
3. considering beli tripod/pinjam dari sesiapa, tapi tak rasa pun akan kerap digunakan, hmm *done, thanks to Apis Zainal
4. tadi sambar 2 helai nike tees, leh pakai kat sana*beria
5. memory card! ni wajib ni

[source]Di Hong Kong kita dapat rasa 4 musim, ini kerana Hong Kong beriklim sub-tropika, ada musim panas, musim sejuk, musim bunga, dan musim luruh. Malangnya aku pergi hujung bulan 6 kerana lewat bulan Mei hingga pertengahan bulan September adalah musim panas, lembab, cerah dan hujan di Hong Kong.. ala kat Malaysia pun boleh rasa cuasa panas.. aku nak cuaca sejuk.. hehehehe… tak pelah lain kali kalau ke Hong Kong aku nak pergi waktu musim sejuk pula tapi tu maybe aku pergi dengan awek aku kot baru romantika hhuhu. Kalau korang nak rasa musim bunga pergilah pada bulan Mac dan pertengahan bulan Mei, kalau nak rasa musim luruh pada boleh datang pada bulan September hingga awal Disember masa ni cuasa sangat nyaman dan mejoriti orang cakap bulan ni adalah bulan yang paling best di Hong Kong. Bagi yang nak rasa cuasa sejuk pula boleh datang pada pertengahan Disember – Februari sebab cuasa pada bulan ni dingin dan berawan dan suhu boleh sampai 10ÂșC di kawasan bandar. Jadi pada mereka yang nak melancong ke Hong Kong tu buatlah perancangan awal mengenai cuasa pilihan korang ye..

Dekat Hong Kong ni 95% dari mereka berdialek Kantonis dan selebihnya berbahasa inggeris ini kerana bahasa cina dan bahasa inggeris adalah bahasa rasmi di Hong Kong. Korang ingat aku tak reti cakap Kantonis ke?.. hehehe aku adalah belajar sikit-sikit supaya tak senang kena tipu. Kalau di Hong Kong semua singboard dalam tulisan dwi-bahasa, at least aku boleh paham gak la tulisan kat signboard tu sebab ada tulisan huruf ABC dan tulisan cina yang belit-belit tu.. Semalam aku baru belajar beberapa perkataan kantonis antranya

Hello, anda apa khabar?
Nei hou maa?

Terima kasih!
M goi saa!

Anda ada menu dalam bahasa Inggeris?
Cing man nei jau mou jing man cann paai aa?

Bolehkah anda syorkan makanan yang sedap?
Cing man jau mat coi sik hou gaai siu aa?

Boleh bawakan bil
M goi maai daan

Berapa harganya yang ini?
Ni go gei do cin aa?

Mahalnya!
Gaa cin taai gwai laa!

Boleh kurangkan sedikit harganya?
Peng di dak m dak aa?

Saya mahu pergi ke (nama tempat)
Ngo soeng heoi…

Tolong berhenti di sini.
M goi ni dou jau lok

Pukul berapa sekarang?
Cing man ji gaa gei dim zung?

Maaf, di manakah bilik air?
Cing man sai sau gaan hai bin aa?
[source]


as for 21st May 2011
1MYR = 2.58043 HKD [source]

Monday, June 6, 2011

hari guru

masa tengah tengok masterchef tadi, tiba-tiba teringat dekat "hari guru", tak sure part mana yang buat saya teringat, maka terbitla entry ni, di kesempatan ini, walaupun dah terlambat saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

orang yang mengajar saya "shutter dan aperture", saudara Joe Zakaria

orang yang banyak membimbing saya dalam photography, saya gelar dia hero, saudara Mukhriz Latif

orang yang membimbing dan banyak mempengaruhi saya dengan karya-karya dan prinsip photography-nya, saudara Udey Ismail

saudara Saiful Nang, yang saya gelar "dewa photography" yang memberi peluang dan membuka jalan kepada saya dan rakan-rakan dalam bidang photography, khususnya wedding photography

last but not least kepada rakan-rakan photographer yang banyak berkongsi dan memberi tunjuk ajar, semoga rezeki kita makin bertambah, Insha Allah

Wednesday, June 1, 2011

tadi

tadi saya pergi jumpa doktor
kaki saya sakit, dah lebih seminggu
doktor kata, kurangkan berat badan
jangan minum air manis, lagi-lagi yang bergas
banyakkan minum air masak, segelas sebelum tidur, dua gelas bangun tidur
dia suruh banyak-kan berjalan,
dia kata lagi, stop main badminton sementara

*patut la kali ni sakit kaki ni tak hilang, tengah musim badminton, banyak guna kaki